Sunday, December 20, 2009
Ukur Cinta Melalui Warna
Benarkah warna kesukaan boleh menjadi kayu ukur kepada rasa cinta seseorang? Walaupun ada pihak yang kurang bersetuju, namun adakalanya warna yang diwakili mampu menyatakan perasaan sebenar kamu terhadap si dia.
Oleh itu, apa kata kita cuba mengukur cinta melalui warna. Apa yang penting, untuk melihat kejayaannya anda perlu mengetahui warna kesukaan anda serta pasangan.
Jangan sesekali berfikir bahawa menyukai warna yang sama, menjadikan kamu berdua sebagai pasangan yang serasi. Hakikatnya, cinta perlukan kombinasi warna yang berlainan agar cinta yang terjalin menjadi lebih ceria, harmoni dan romantis.
1. Merah + Biru
Si biru seorang yang suka beralah dan berjiwa lembut. Namun, jangan pula sesekali kamu mengambil kesempatan ke atas jiwanya yang lembut itu. Kebanyakan mereka yang menyukai warna biru seorang yang berjiwa seni.
Si merah pula selalunya lebih agresif dan keras hati. Meraka selalunya tidak segan silu untuk melakukan langkah pertama asalkan apa yang mereka hajati terlaksana. Kalau boleh setiap apa yang mereka ingini harus diturutkan.
Dalam konteks pasangan pula, kombinasi si merah dan si biru akan menjadikan hubungan yang terjalin lebih ceria. Apa yang paling penting adalah sikap saling bertolak ansur dan haruslah membina rasa persefahaman agar percintaan yang terjalin kekal untuk selamanya.
2. Hijau + Oren
Dua kombinasi warna yang agak kurang serasi. Ini kerana mereka yang menyukai warna ini dikatakan agak manja dan bukan seorang yang suka berdikari. Mereka juga dikatakan suka dibelai dan disayangi.
Jika mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan dari insan tersayang, mereka mudah naik angin dan akhirnya hubungan yang terjalin putus di tengah jalan.
Bagi pasangan yang mahu terus mencuba, mereka perlu selalu bersabar dan sentiasa berbincang apabila wujud sesuatu masalah yang menggugat perhubungan mereka. Dengan perbincangan dari hati ke hati, ia mampu menyelamatkan cinta yang terjalin di antara si hijau dan si oren.
3. Biru + Hijau
Kombinasi si biru dan si hijau dikatakan kombinasi yang paling sempurna. Tidak banyak masalah yang wujud di antara mereka kerana pasangan jenis ini saling sayang-menyayangi, bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.
Walaupun ada sahaja cabaran di dalam hubungan cinta mereka, mereka dengan mudah mengatasinya. Sikap mereka yang matang serta tidak mudah percaya kepada khabar angin menjadikan si biru dan si hijau cukup serasi bersama.
Malah percintaan yang terjalin di antara si biru dan si hijau juga selalu dicemburui oleh rakan-rakan sekeliling. Namun mereka tidak pernah merasa bangga diri kerana percaya setiap orang berhak untuk mencari kebahagiaan sendiri.
4. Merah + Oren
Kombinasi warna merah dan oren pula dikatakan kurang sesuai. Ini kerana personaliti mereka yang menyukai kedua-dua warna ini dikatakan sangat agresif dan lasak.
Jika menjalinkan hubungan yang istimewa sekalipun, mereka jarang menyatakan rasa cinta kepada pasangan. Ini kerana mereka lebih gemar mengamalkan konsep, cinta tidak perlu dinyatakan dengan perkataan-perkataan romantis, cukup sekadar perhatian yang diberikan.
Oleh sebab itu, si merah dan si oren dikatakan kurang sesuai untuk bersama. Mereka seharusnya mencari seorang yang berjiwa halus dan romantik agar jiwa mereka yang keras itu dapat dilembutkan. Rasanya si biru cukup sesuai buat mereka.
Tuesday, December 8, 2009
Malaysian Cuisine - Mi Udang
Nampak sedap kan?
Memang sedap pun!
Di Malaysia ni ada banyak tempat makan yang menarik. Ada yang mahal, tempat yang murah pun tak kurang sedapnya. Pada saya, asalkan tempat tu bersih sudah memadai untuk pesan menu yang sedap-sedap disamping bajet yang ada pada masa tu. Yang penting harganya mestilah berbaloi dengan rasa makanan dan keselesaan tempat tu.
Kali ini saya nak kongsi menu yang ramai juga antara kita yang belum pernah cuba. Mungkin ada yang pernah cuba, tapi tempatnya mungkin tak sama dengan yang ini. menu kegemaran saya kali ini ialah Mi Udang Sungai Dua.
Saya mula dengar cerita pasal tempat ni dah lama dah. Tempatnya pun tak jauh sangat dari kampung saya di Butterworth. Lebih kurang 3 km je. Tapi tak penah terfikir pun nak singgah sbb dah biasa makan kat rumah je. Balik kampung pun kejap2 je, Tokwan mmg suruh makan kat rumahla kan. Lokasinya di Taman Desa Murni, Sg. Dua. Restoran Aur Gading ni dimiliki oleh pasangan dari Thailand tapi dah lama menetap di sini. Pekerjanya jugak ramai yang dari Siam. Tempatnya cantik, tepi sungai, sebelah jambatan. Dulu jambatan ni namanya 'titi timbul'. Pelik kan? Sebab asalnya jambatan ni dibuat dari besi dan kayu, tidak menggunakan tiang tetapi pelampung besi! Lori balak pun boleh lalu. Tapi skarang ni dah digantikan dengan jambatan konkrit.
Apa yang best sangat dengan restoran ni? Mula2 masuk ke dalam restoran kita kena pilih dulu udang yang kita nak. Bukan udang saja, kerang, lala, ikan, sotong semuanya ada. Udang pun ada bermacam2 jenis. Ada udang harimau, kapas, galah & kara. Semuanya disusun di buffet line yang khas. Segar2 lagi! Kalau tak cukup segar, kita boleh ke belakang restoran untuk menangkap udang hidup dalam kolam (yang baru ditangkap di sungai).
Sementara menunggu udang dimasak dengan mi, kita boleh berehat di bilik berhawa dingin sambil menonton televisyen atau membaca surat khabar. Biasanya masakan akan tersedia kurang dari 20 minit. Dengan aromanya, fuhh! Memang tak boleh tahan. Makan saja sehingga licin kuahnya. Mesti tak puas rasanya kalau sekali tu saja. Lain kali mesti rasa macam nak datang lagi. Restoran ni dah memang terkenal bukan saja bagi orang2 P.Pinang, Kedah dan Perlis malah ramai yang datang dari Johor dan K.Lumpur. Mungkin sebab keenakannya sukar ditemui di tempat lain. Cubalah!
Monday, December 7, 2009
Kesihatan - Diabetes
• Ada kira-kira 1.2 juta pesakit diabetes di negara ini.
• Lebih daripada separuh tidak sedar bahawa mereka menghidap diabetes sehinggalah mereka dirawat apabila berlaku salah satu komplikasi yang serius.
• Masyarakat Malaysia sering tidak berfikir tentang kandungan gula dan kalori makanan yang kita makan.
• Ini digabungkan pula dengan gaya hidup moden yang kurang aktif.
• Kita tidak patut bersikap endah tak endah dengan anggapan bahawa kita tidak akan terkena penyakit ini.
• Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit diabetes supaya kerap menjalani pemeriksaan aras gula kerana pengesanan awal dapat mencegah komplikasi.
• Komplikasi yang berkait dengan diabetes kini merupakan salah satu punca kematian yang utama di banyak negara terutamanya melalui peningkatan risiko penyakit kardiovaskular.
• Setiap 10 saat seorang mati akibat punca yang berkait dengan diabetes. Diabetes juga merupakan sebab kematian akibat penyakit yang keempat tertinggi di dunia dengan 3.8 juta kematian.
• Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan bahawa jangka hayat berjumlah 23 juta tahun hilang disebabkan ketidakupayaan dan mutu hidup yang merosot akibat komplikasi diabetes yang boleh dicegah.
• Penghidap diabetes perlu mengekalkan aras glukosa darah mereka dalam lingkungan sasaran rawatan. Ini dapat mencegah komplikasi akibat penyakit itu dan mengekalkan mutu hidup yang baik.
Saturday, November 28, 2009
Perodua Alza - Kereta juga MPV?
Pada 28 Oktober lepas (rujuk Arkib), saya sempat berkongsi tentang MPV pertama Perodua yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Setelah hampir sebulan menunggu akhirnya pada 23 November 2009 Perodua Alza dilancarkan. Ramai yang terpegun dengan gaya dan spesifikasi yang menawan hasil kejuruteraan Perodua, syarikat pengeluar kenderaan ekonomi di Malaysia.
Terlalu awal untuk menilai kekuatan yang ada pada produk ini namun rata-rata pengunjung terpegun dengan kebolehan Perodua menghasilkan sebuah kenderaan yang berkonsepkan MPV pada harga kereta sedan dalam kelas CC yang sama. Dengan nilai yang tertera, banyak ‘tambah tolak’ yang boleh ditemui daripada produk ini.
Saya meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat kenderaan ini pada 24 November mendengar penerangan drpd Pn. Fuza, Eksekutif Perodua (kebetulan kenalan saya). Penerangan lebih berkisar tentang body, spec, enjin dan keselesaan untuk penumpang. Saya tertarik dengan lampunya yg ala-ala Avanza (mmgla sbb MPV ni pn diilhamkan daripada model Toyota Passo). Model premiumnya siap dengan fog lamp, butang radio di stereng dan GPS. Enjinnya agak berkuasa dengan kekuatan TwinCam 16V hasil talaan Toyota. Ruang penumpang yang luas (luas sedikit daripada Myvi), boleh memuatkan 7 orang, Alza sesuai bagi mereka yang berkeluarga besar tetapi mementingkan harga yang ekonomi. Kekurangannya pada ruang bagasi yang tidak mampu untuk memuatkan beg beroda melainkan jika kerusi belakang dilipat (sama fungsi seperti kereta sedan). Sebab itu ada yang mempersoalkan sama ada Alza sebuah MPV atau kereta? Saiznya panjang sedikit daripada Myvi (Myvi 376cm/Alza 421cm, beza 45cm shj). Jika di USA Kia Carnival (sama saiz Naza Ria) di dalam kelas mini MPV, Alza pula mungkin boleh dikelaskan dalam kategori 'little MPV' kot. Jangan mara yea!
Spesifikasi yang paling tinggi yang terdapat pada Alza yang dikenali sebagai Perodua Alza Advance Version dalam model Premium 1.5 Automatik dan Manual. Model ini dilengkapi dengan bodykit baru seperti skirt depan, belakang dan sisi, tempat duduk siapan kulit, system navigasi GPS menggunakan Windows CE (Embedded Compact) dengan LCD skrin sentuh yang boleh dilengkapi dengan reverse camera.
Pagi 24 November saya mengikuti lintas langsung di Malaysia Hari Ini, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar memberi jaminan bahawa pembeli akan mendapat kenderaan mereka selewat-lewatnya 3 bulan selepas tempahan tidak seperti Myvi yang dah ditempah setahun baru dapat. Cuma satu perkara yang bermain di fikiran saya, dengan keupayaan enjin 1.5 CC, sesuai ke nak tanggung berat Alza yang hampir 1 tan plus 7 orang penumpang? Camane la gayanya bila naik Highway Karak atau Highway Jelapang. Jangan jadi macam Kancil sudahlah, nak memotong lori pun takut tak lepas. Nak tambah Turbo takut JPJ saman. Apepun, kita test drive dulu baru beli okey! (kalo bawak mcm keta sekolah memandu baik tak payah test drivela kann.hehe. 'Lenjan'la cukup2 baru tau power ke tak, nak buat instalment 7 tahun bro, kena test betul-betul)
p/s: Sila lihat harga di bawah untuk rujukan yea.
– ampangtaiping@blogspot
Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190
Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190
Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190
Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190
(Solid Metallic = Pearl White)
Friday, November 27, 2009
It's a sin
Jam 3 pagi kelmarin saya berborak bersama 3 pelajar kolej dari Arab Saudi.
“We don’t mix with girls, it’s a sin!,” kata Yaser, penuntut Kolej Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Menurutnya di Arab Saudi, mereka belajar di kelas berasingan dengan pelajar perempuan.
“The girls there, they wear hijab and black jubah,” tambahnya.
“We don’t even have movie theaters in Saudi. The government is afraid if youngsters will make their own ‘movies’ instead of watching one. It’s a sin!,” sampuk rakannya, Salem.
Salem, penuntut Segi College, Kota Damansara, sedang mempelajari bahasa Inggeris.
“People who want to drink beer have to cross a bridge to Bahrin, not in Saudi, it’s a sin!,” celah rakan mereka, Hassan.
“So, it seems that this country is full of sins, hah?,” soal saya kepada mereka.
“Yah!,” mereka bertiga menjawab serentak.
Tiba-tiba perbualan kami terhenti seketika. Dua gadis muda berkulit putih melepak, berseluar pendek dan memakai baju tanpa lengan melintas di sebelah meja, tempat kami minum. Salem kelihatan tercengang dengan mulut ternganga.
“Do you know those ladies?,” tanya Salem spontan kepada saya.
“No. Who are they?,” tanya saya.
“They work at the massage parlor, it's not far from here, 5 minutes,” balasnya.
Hassan dan Yaser memerhatikan Salem, serius wajah mereka.
“Have you been there?,” soal saya.
"Yah! Have you been there?," ulang Yaser garang.
“No!,” ujar Salem dengan wajah serba salah.
“Salem, do you know it’s a sin to lie? Let me put it to you again, have you been there?,” soalan saya ajukan.
Dia terdiam.
“Noooo,” ulangnya teragak-agak.
“In the name of God …,” ujar saya.
“Ada! Ada! Urut kakilah ...,” katanya sambil tersenyum.
Kami semua tertawa. Huh! Nakal juga rupanya pelajar Arab Saudi.
Hahaha..
(Credit to Mazidul Akmal)
Monday, November 23, 2009
Silapnya..
Seorang pelanggan telah singgah di booth saya baru-baru ini. Mengadu sebab tak dapat claim takaful walaupun mengalami patah tulang rusuk akibat kemalangan. Simpati saya mendengar keluhannya. Rasa amat berat masalah yang ditanggung, sudahlah tak dapat buat kerja berat. Sanggup pergi ke 2-3 syarikat insurans, satu pun tak dapat claim. Saya tertanya-tanya apa masalahnya. Insurans @ Takaful bukan menipu, kita menolong orang. Apatah lagi yang ditimpa musibah. Prinsipnya mudah, kalau tak dapat claim, mesti ada sebab.
Beliau mula bercerita, dua tahun lepas masa menbuat pinjaman untuk beli rumah, insurans dimasukkan sekali. Beliau mengandaikan bahawa insurans tersebut akan cover semua musibah termasuk kemalangan. Sebenarnya beliau terkhilaf dalam mentafsir insurans, sama seperti ramai lagi yang di luar sana.
Insurans untuk pinjaman perumahan dikenali sebagai 'mortgage insurance' atau insurans gadaijanji. Tujuannya ialah supaya jika berlaku kematian kepada peminjam, wang insurans tersebutlah yang akan melunaskan baki pinjaman. Tetapi harus diingat, Pelan Insurans Gadaijanji hanya meliputi perlindungan kematian dan hilang upaya kekal sahaja kerana bayarannya juga murah. Akibatnya pelanggan tersebut tidak dapat satu sen pun wang tuntutan.
Sama seperti insurans kenderaan, jika tidak dimasukkan 'clause' untuk perlindungan cermin hadapan atau 'windscreen' dan membayar jumlah tambahan untuk perlindungan tersebut, maka insurans tidak akan menanggung kerugian disebabkan cermin hadapan yang pecah.
Justeru kita harus peka dan mempelajari ilmu berkenaan dengan insurans @ takaful supaya tidak menanggung kerugian nanti. Kemudian saya cadangkan kepada untuk menukar polisi kepada yang lebih lengkap, tapi saya khuatir sama ada ia boleh diluluskan kerana tulang rusuknya telah patah! Peril yang agak serius untuk dipertimbangkan. Apapun, biarlah 'Medical Board' insurans yang menentukan.

Thursday, November 19, 2009
Ca Ya Nun Alif
Semalam, pulang dari tempat kerja, saya singgah sebentar membeli goreng pisang di gerai kegemaran. Nama penjualnya Pakcik Fauzi, dah 8 tahun berniaga di situ. Sewaktu saya sampai, pisang tinggal lagi sebakul. Asalnya ada tiga. Ternyata pelanggan tetapnya ramai. Memang laris. Sebab pisangnya rangup, sedap. Siapa kata Melayu tak pandai berniaga? Saya kata Melayu ramai yang tak mahu berniaga. Tapi saya tak salahkan mereka, kekangan memang ada. Kita tahu nak jual apa, tapi modal? tempat? jika rugi bagaimana? Itu yang membezakan antara kita dan orang Cina.
Terdetik di fikiran saya untuk berkongsi sedikit ilmu kehidupan di sini. Sikap orang kita dan 'Ca Ya Nun Alif'. Saya tidak suka memuji bangsa lain, tapi saya percaya jika kita ambil yang baik, pasti kita juga akan berjaya seperti mereka, dalam apa bidang sekalipun. Bukan senang nak dapat ilmu berniaga kalau kita tak betul-betul cuba. Macam kata seorang sahabat, jika ada Ijazah Sarjana dalam bidang perniagaan sekalipun, belum tentu kita boleh bertahan dalam bisnes. Orang Cina berani. Dalam kelas mereka yang berani bertanya, luar kelas mereka juga yang berani membuli atau bertumbuk. Dalam bisnes pula mereka juga berani mencuba dan mereka berani jadi kaya!
Orang Cina memang begitu..
Mereka pandai merancang, tidak macam kita. Jika gaji RM 3,000 sebulan, mereka simpan RM 1,500. Cukuplah ada sebuah Proton Iswara untuk ke tempat kerja. Orang kita, gaji RM 2,000, untuk belanja mesti ada RM 3,000 (tambah kad kredit RM 1,000). Seorang prospek saya, askar berpendapatan RM 1,000 sebulan, kereta Proton Perdana second hand, sebulan RM 600. Baki lagi RM 400, terfikir jugak macam mana dia tanggung anak isteri. Rupa-rupanya isterinya cikgu. Income RM 3,000 untuk sewa rumah, susu anak, barang dapur, lampin, bil elektrik, Astro dan telefon. Habis tu gaji abang spend untuk apa? tanya saya. Jawabnya, minyak kereta pun dah lebih RM 300 sebulan, bulan depan ingat nak tukar sport rim. Terdiam saya. Patutlah ramai askar yang suka cari cikgu. Macam tu rupanya.
Teringat pada sahabat saya, anak Cina di Universiti Malaya yang mengambil jurusan sama. Tinggal di apartment dengan bayaran RM 200 seorang setiap bulan. Tanpa pinjaman PTPTN atau mana-mana tajaan, beliau mampu menanggung semua kos pelajaran, tempat hiburan dan sesekali malam minggu 'clubbing' dengan rakan-rakan. Ayahnya buat bisnes apa? Hanya seorang guru. Mereka bukan orang senang pada asalnya, tapi sejak beliau lahir, ayahnya menyimpan sekurang-kurangnya RM 200 sebulan untuk pendidikannya sehinggalah beliau ke universiti. Saya mula mengira, RM200 x 12 bulan x 18 tahun = RM 43,200. Kalau buat pinjaman PTPTN, hanya dapat RM 19,500. Lepas belajar kena bayar balik dengan bunganya pula. Nak buat macamana benda dah lepas. Siapa kata? Anak-anak kita kan ada. Rancanglah untuk mereka.
Satu lagi sikap orang Cina, jika ditanya 'encik kerja apa?' atau 'kerja di mana?', sebelah mata pun dia tak pandang. Tapi jika ditanya 'tauke buat bisnes apa?'. Pasti perbualan akan jadi panjang. Banyak rahsia mereka yang kita bole dapat. Orang kita bila ada yang berniaga, 'buat apalah berniaga, carilah kerja tetap (makan gaji)'. Rasulullah pernah bersabda bahawa 9/10 daripada pendapatan daripada perniagaan. So, whats the problem with all these people? Sebab itulah ramai graduan yang menganggur. Sebab tidak ada yang mendorong supaya mereka bekerja sendiri atau berniaga. 'Tunggulah nanti kalau2 dapat kerja gomen' kata maknya. Begitulah orang dulu-dulu, style lama. Alahai..
Ramai sebenarnya orang kita yang sudah berjaya. Majoritinya dengan berniaga, dan ada syarikat sendiri. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bermula dengan membela dan menjual lembu. Hari ini beliau ada Yayasan Albukhary yang membantu orang susah, sedangkan kita masih lagi harap dibantu. Dan hari ini beliau adalah pemegang saham terbesar dan memiliki Gardenia, DRB Hicom dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Di mana kita?
Selain itu, orang Cina juga tidak percayakan bangsa lain. Anda faham apa maksud saya. Lantas kenapa kita harus terlalu percayakan mereka sehingga kita meminggirkan peniaga Melayu yang baru bertatih belajar berniaga. Barang yang dijual oleh peniaga Melayu itu mungkin mahal sedikit, tapi itu hanyalah sementara kerana peniaga Melayu sukar mendapat bekalan dengan harga yang murah daripada pembekal yang rata-rata dimonopoli oleh Cina. Siapa lagi yang akan membantu mereka? Kadang-kadang dengan harga yang sama sekalipun kita masih membeli daripada Cina. Sayangnya kita pada mereka.
Orang Cina juga tidak suka dipuji. Cuba tanya mereka, 'tauke, grand betul wedding ceremony anak you. Bisnes banyak untung ni..', pasti jawabnya, 'tak adalah encik, untung sikit-sikit saja, ceremony pun biasa saja..'. Tapi jika ditanya pada orang kita, 'Besarnya kenduri anak kau Man', jawabnya 'Biasa je Mat, tp kalau takde gaji dia tiga empat ribu mana nak buat kenduri besar mcm ni kan?'. 'A'ah, iye2!'..
Suka dipuji, tak suka dikeji.. Apa salahnya orang mengeji kita jika ia boleh mengubah kita menjadi lebih baik. Nampak bezanya kan. Sebenarnya bila kita merendah diri, kita akan dapat ramai kawan. Bila ramai kawan, perniagaan kita pun akan bertambah maju. Yang penting kita kena selalu ikhlas bila berniaga, duit akan datang kemudian.
Mercedes Benz S-Class
Orang Cina pentingkan simpanan kerana mereka mahu bersara dengan selesa dan tenang. Pada mereka bersara adalah waktu untuk berehat. Pengurus Agensi saya pernah berkata, kita hanya boleh bersara jika ada simpanan sebanyak RM 3 juta. Sebabnya, kos perubatan akan meningkat, untuk makan angin lagi, teringin jugak nak pegi oversea. Seboleh-bolehnya bersaralah pada umur 55 tahun, itu yang paling sesuai untuk menumpukan pada amal ibadat. Tapi kalau tak ada duit macam mana nak bersara? Minta duit anak-anak? Malunya.. Terpaksalah sambung 'service' sampai umur 58 tahun. Tak cukup lagi, sambung jadi security guard. Dapat jugak pegang senapang. Hehe. Sahabat saya yang bertugas di RHB Bank pernah memberitahu, tauke insurans Cina sebelah Bangunan UMNO Taiping yang baru berusia 45 tahun, ada lebih RM 5 juta dalam akaunnya. Beliau selalu ke pejabat dengan motosikal Honda Cub C70, hanya sesekali ternampak kelibatnya menaiki Mercedes S-Class. Begitu cepat mereka meninggalkan kita. Mungkin beliau melabur di mana-mana, kita pun boleh begitu. Tapi, dimana kedudukan kita sekarang?
Honda C70
Selepas ini mungkin ada yang membuat keputusan untuk terus melabur. Sebenarnya sikap itu perlu diperbetulkan. Perkara yang perlu diutamakan ialah perlindungan dan simpanan. Pelaburan hanya boleh dibuat jika ada lebihan, jika pendapatan kita cukup-cukup jangan dilaburkan dahulu. Sebab risikonya ada. Jika amaunnya tinggi, risikonya juga tinggi. Pelaburan pada asalnya dijalankan untuk peniaga dan orang yang berpendapatan tinggi, kerana mereka sentiasa ada wang lebihan. Bagi yang telah ada simpanan, belajarlah melabur. Jika kita baru berjinak-jinak, dalami dahulu ilmu pelaburan dengan sempurna kerana banyak syarikat kewangan yang menawarkan skim pelaburan seperti bank, syarikat sekuriti dan unit amanah. Berhati-hati juga untuk menggunakan perantaraan dengan orang Cina kerana mereka terkenal juga dengan sikap yang suka menipu. Untuk permulaan, asingkan sebahagian wang gaji tersebut untuk disimpan, sekurang-kurangnya 20%. Jika ada lebihan bolehlah dilaburkan untuk mendapat keuntungan.
Itulah perbezaannya. Mungkin ada yang sedar, ada juga yang belum boleh menerima hakikatnya. Yang pasti, kita sebenarnya kita sudah jauh ketinggalan. Ramai antara kita yang masih tak serius dalam hidup. Berusahalah selagi ada masa dan tubuh masih sihat. Life is short, jadikan ia amat bermakna untuk generasi kita nanti. Seorang kawan pernah mengeluh sebab tension dan penat cari duit lebih. Jawab saya, 'kalau tua2 nanti takde duit, lagi tension!'..
-ampangtaiping@blogspot.com

Wednesday, November 18, 2009
Wayang Meletop! - 2012
Sudahkah anda menonton filem terbaru, 2012? Kalau belum, cepat-cepatlah dapatkan tiket wayang di pawagam berdekatan ye. Bukan ape, citer ni mmg best! Kawan gue siap 2 kali lagi pergi ke wayang sebab nak tengok tau. Kepada anda yang belum lagi menonton filem ini, kat sini gue huraikan sedikit sinopsis filem 2012 untuk rujukan anda. Manalah tahu kan lepas baca nanti terasa pula nak pegi pawagam.
Penceritaan filem ini bermula dengan babak yang berlokasi di India bila seorang ahli geologi, Dr Satnam Tsurutani (Jimi Mistry), menemukan fakta bahawa inti dari perut bumi mengalami kenaikan suhu kerana kesan yang diakibatkan oleh ledakan besar di permukaan matahari (sun flare).
Menurut perhitungan, ledakan itu menghasilkan gerakan pada tengah bumi. Akibatnya, bumi bakal hancur kerana gerakan itu akan mengakibatkan gempa bumi yang sangat dahsyat.
Atas dasar perhitungan itulah, Dr Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor), sahabat Dr Satnam, membuat laporan ke Rumah Putih (White House) bahawa kiamat akan tiba. Adrian bertemu ketua staf di Rumah Putih, Carl Anheuser (Oliver Platt).
Carl yang selama ini meremehkan pertemuan bumi yang memanas itu terkejut dan terus membawa usul itu ke pertemuan negara-negara G8 di tahun 2010. Dalam kesempatan itu, Presiden Amerika Syarikat Thomas Wilson (Danny Glover) menyampaikan kepada para pemimpin tertinggi dunia bahawa bumi akan dilanda musibah besar kerana inti bumi yang terus memanas.
Sejak perkhabaran itu, mulailah sebuah rencana besar. Semua negara sepakat memilih China sebagai tempat untuk membuat sejumlah bahtera besar. Barangkali mirip bahtera Nabi Noh, yang akan digunakan saat bencana besar tiba.
Sementara itu, turut dipaparkan kisah lain tentang kehidupan Jackson Curtis (John Cusack) penulis buku berjudul ‘Farewell Atlantis’. John telah datang ke rumah bekas isterinya, Kate Curtis (Amanda Peet), untuk menjemput anak mereka, Noah (Liam James) dan Lily (Lily Morgan), berkemah.
Mereka tiba di lokasi perkemahan Yellowstone dengan menaiki limosin. Namun, setibanya di sana ada tanda larangan masuk menuju danau Yellowstone tapi Curtis dan kedua-dua anaknya nekad menceroboh larangan itu.
Di sana mereka terperanjat kerana danau tersebut tiba-tiba lenyap kerana pemanasan bumi.
Ketika sedang berkemah, Curtis bertemu penyiar radio bernama Charlie Frost (Woody Harrelson), yang mempunyai penampilan seperti orang gila. Charlie memberitahu bahawa bumi akan segera dilanda bencana dahsyat. Charlie juga mendakwa dia mempunyai peta lokasi pesawat yang boleh menyelamatkan manusia dari bencana itu.
Curtis terpaksa pulang lebih cepat kerana Kate sedang trauma kerana dia baru saja mengalami gempa. Setelah anak-anak kembali ke rumah ibunya, Curtis kembali bertugas menghantar anak kembar bosnya, Yuri Karpov (Zlatko Buric).
Curtis mulai mempercayai ramalan Charlie tentang kiamat apabila dia menyaksikan jalan di bandar terbelah kerana gempa. Curtis mengambil jalan pintas menyewa pesawat dan seorang juruterbang untuk menyelamatkan keluarganya dengan bayaran jam tangan mahal miliknya.
Babak suspen bermula dari sini bila Kiamat yang diramalkan banyak pihak benar-benar terjadi dan ianya dimulai dari gempa bumi di mana-mana.
Untuk mengetahui apa yang berlaku selepas itu, mohle kita ke pawagam berdekatan. Pasti berbaloi harga tiket yang kita beli sbb cite ni ditahap 'gila-gila punya saspen'. Kalo gue cite sume kat sini takut korang taknak tengok yang betul2 pulak sbb dah tau jalan cite. Surprisela baru best kann? Hehehe. Jangan mara key. Selamat Menonton!
Thursday, November 12, 2009
Destinasi Bulan Ini - Taiping
Taiping sinonim dengan istilah ‘Bandar Orang Pencen’. Ia menggambarkan ketenangan yang terdapat di bandar ini yang lebih sesuai untuk mereka yang ingin beristirehat. Perkataan ‘Tai - Ping’ dalam bahasa Mandarin bermaksud keamanan yang berkekalan. Terkenal dengan sejarah bandar bijih timah pada zaman Long Jaafar, masih terdapat tinggalan lombong bijih timah yang kemudiannya berubah menjadi taman tasik yang indah dan nyaman.
Terletak di antara laut Selat Melaka dan Banjaran Titiwangsa, Taiping merupakan tempat yang paling kerap menerima hujan dan di istilahkan sebagai kawasan paling lembab di Semenanjung Malaysia. Secara puratanya, Taiping menerima hujan selama 320 hari setiap tahun. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati disamping melihat kepelbagaian suasana dan masyarakat yang ada di sini.
Pelbagai pakej disediakan oleh agen pelancongan untuk rombongan tetapi lebih menarik jika anda dapat memandu sendiri untuk sampai ke sini melalui lebuh raya PLUS, merasai pengalaman menaiki keretapi dan bas.
Antara tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi:
- Zoo Taiping
- Hutan Paya Bakau Matang
- Bukit Larut
- Burmese Pool
- Bukit Merah Laketown Resort
- Muzium Perak (1886)
- Penjara Taiping (1879)
- Stesen Keretapi Taiping (1885)
- Bukit Jana Golf & Country Club
- Kompleks Bersejarah Kota Ngah Ibrahim
- Taman Tasik Taiping
10 tips Merancang Perkahwinan
1. Kenal pasti bajet yang disediakan untuk majlis perkahwinan.
Rancanglah majlis yang sesuai dengan bajet ada. Jangan keterlaluan dan lupa diri sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang.'Ukurlah baju di badan sendiri'.
2. Mohon Cuti Sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal.
Sebelum itu, maklumkan tentang perkahwinan anda kepada majikan/ketua anda. Paling penting siapkan segala kerja yang telah dimulakan. Ia agar tiada pihak yang rasa terbeban sementara anda bergembira membuat persiapan.
3. Hal mengisi dokumen perkahwinan.
Perkara ini sering dipandang enteng oleh bakal pengantin sedangkan ia adalah perkara terpenting. Oleh itu anda haruslah mengisi dan menghantarnya kepada pihak berwajib lebih awal. Pastinya anda tidak perlu berkejar-kejar untuk pulang ke kampung pada saat-saat akhir.
4. Tempahan Kad Jemputan.
Setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai tarikh perkahwinan, anda seharusnya tidak membuang masa dan terus menempah kad. Persiapan awal membolehkan anda membuat tinjauan harga dan reka bentuk yang diinginkan. Jangan lupa menyenaraikan nama jemputan dan bilangannya agar tidak menempah kuantiti kad yang berlebihan.
5. Tempahan Khidmat Fotografi
Kenangan manis perkahwinan pasti dikenang seumur hidup. Tempahlah khidmat fotografi lebih awal agar anda boleh mendapatkan mereka yang terbaik dalam bidang ini. Pada masa yang sama mengelakkan diri dicaj lebih mahal kerana membuat tempahan pada saat-saat akhir.
6. Pilihan Baju Pengantin Dan Pilihan Mak Ndam
Anda akan mempunyai pilihan yang lebih banyak dan berpeluang mendapatkan pakaian yang
tercantik. Paling menarik anda mempunyai masa untuk mencari butik dan harga mengikut bajet. Penampilan anda pada hari istimewa pasti lebih anggun dengan adanya sentuhan mak andam. Jika bertindak lebih awal, anda boleh mendapatkan khidmat mak andam kegemaran.
7. Wali dan Saksi Yang Sah.
Tanpa wali dan saksi yang sah, majlis perkahwinan tidak dapat dilangsungkan dengan lancar. Bakal pengantin perempuan haruslahmemastikan kedua-dua pihak ini bersedia dan sedia maklum akan tarikh dan masanya. Jangan biarkan kesilapan komunikasi menjejaskan majlis perkahwinan anda.
8. Insurans Sebagai Jaminan.
Ramai tidak menyedari kepentingan insurans dalam situasi begini. Tidak salah jika anda mengambil insurans sebagai satu jaminan. Maklumlah malang tidak berbau.
Andainya anda ditimpa musibah, perancangan yang telah dilakukan tidak lebur begitu sahaja. Anda boleh mendapatkan tuntutan dan tidak perlu menangguhkan majlis yang telah lama dirancang.
9. Ujian Saringan HIV
Beberapa negeri telah mewajibkan bakal pasangan pengantin menjalani ujian saringan HIV. Jika anda berasal dari negeri berkenaan, setkan hari yang sesuaiuntuk mengambilnya. Jangan lakukan pada saat genting kerana banyak prosedur yang perlu diikuti sebelum mendapat keputusan.
10. Bagi tampil berseri-seri pada hari bahagia, bakal pengantin perempuan haruslah
mendapatkan rawatan kesihatan dan kacantikan di spa. Pelbagai pakej yang disediakan dan anda boleh memilih mengikut kemampuan masing-masing. Rawatan ini boleh menambah keyakinan anda untuk berdepan dengan para jemputan pada hari bersejarah itu.
Wednesday, November 11, 2009
Bai'ah Talak Tiga merendahkan martabat manusia
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu "Bai'ah Talak Tiga" yang didedahkan oleh wakil Pas, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Bai'ah yang dimaksudkan ialah akujanji seorang suami jika menyertai parti selain Pas, maka akan jatuh talak tiga ke atas isterinya. Mungkin bagi sesetengah pihak perkara ini merupakan satu retorik pihak tertentu namun isu talak bukan satu perkara yang boleh dipermain-mainkan. Perkara ini sekali lagi dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dari Keadilan, Zulkifli Nordin bahawa Bai'ah Talak merupakan satu perkara yang tidak masuk akal dan mempertuhankan politik. Agak menyedihkan jika ia telah lama menjadi amalan dalam sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam tapi menjadikan Bai'ah sebagai dasarnya.
Keadaan ini menggambarkan seolah-olah kita sedang kembali ke zaman jahiliah dimana wanita menjadi barang dagangan, pajakan dan gadaian. Islam amat mementingkan adab. Adab dalam Islam memberi keistimewaan yang mulia kepada wanita. Teringat kata-kata dalam filem Cinta arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, "isteri bukannya hak milik tapi satu anugerah". Dialog yang jujur ini menyedarkan kita bahawa ijab dan qabul dalam perkahwinan tidak sekali-kali dapat menghalalkan suami untuk melakukan perkara yang boleh menghina seorang isteri apatah lagi meletakkan martabat dan kehormatan isteri ditempat yang tidak sepatutnya.
Harus dipersetujui bahawa Bai'ah sememangnya wujud dalam perkahwinan Islam. Contohnya, dalam ijab dan qabul. Qabul merupakan bai'ah suami isteri dan akad taklik merupakan akujanji suami supaya tidak meninggalkan isteri terlalu lama tanpa nafkah dan khabar, bukti bahawa Islam amat menghormati wanita dan itu pun cuma jatuk talak satu! Jika Bai'ah Talak Tiga seperti ini terus diamalkan dikhuatiri wujud amalan bertentangan dalam agama kerana perkara seperti ini sudah tentunya tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. yang amat menyayangi isterinya Khadijah R.A. dan Aisyah R.A. Mungkin ada yang tidak faham istilah syurga isteri di bawah telapak kaki suami. Itu tidak bermakna suami boleh melakukan dasarnya sesuka hati tanpa ada budi bicara berlandaskan akal yang waras. Mungkin mereka lupa, di bawah telapak kaki suami masih ada tanah dan bumi yakni milik Allah S.W.T.
Ingatlah, setiap kurniaan Tuhan pasti ada hadnya. Gunakanlah hati yang diciptakan dengan kasih sayang dan akal yang masih cerdas untuk membuat keputusan yang adil dan bijaksana. Matlamat tidak menghalalkan cara. Pihak yang mengamalkan Bai'ah ini perlulah kembali bermuhasabah diri agar tidak dibuai emosi dan berpasakkan ketaksuban politik yang boleh menghancurkan masa depan keluarga dan keturunan.
Martabat manusia telah diletakkan begitu tinggi berbanding makhluk yang lain, usahlah kita merendahkan martabat itu dengan perkara-perkara yang 'mental' seperti itu. Pemimpin parti tersebut perlu kehadapan memberi kenyataan tentang perkara ini yang diketahui sudah lama diamalkan dan menyatakan pendirian sebenar mereka. Majlis Fatwa juga perlu segera berbincang sama ada Bai'ah seperti itu dibenarkan oleh syara', adakah pihak yang mengadakan Bai'ah tersebut terikat seperti Bai'ah Taklik dan adakah cara untuk membatalkan sumpah Bai'ah seperti ini. Sama-samalah kita fikirkan. Family First! - copyright by ampangtaiping@blogspot.com
Monday, November 9, 2009
7 November 2009
Hari ni best sgt. Pagi2 lg dh gaduh. Sbb aku lmbt sampai. Hehe. Janji nk sampai KL ari Jumaat, tup2 mlm tu baru dapat tiket ketapi. Tp syukur alhamdulillah, aku smpai ikut jadual pukul 6 pagi kat KL Sentral. Shian sayang wisau takut x jadi dating aritu. Salah aku jugak, plan awal2 dah, tiba2 last minute jadi tunggang terbalik. Harap2 tak jadi lagi la mcm tu. Pagi tu amek keta cepat2 gi Ampang, janji pukul 9 pagi, sampai 9.10. Adui..lambat lagi! Tapi sejuk hati aku pagi tu, you look so sweet today sayang! Benda yang buat aku makin jatuh cinta, dia sikit pun tak marah masa tu sebab aku sampai lambat. Love you lots darl~..
Pastu gi tgk Pisau Cukur (haa..pisau cukur tu kena share dgn abg tau.hehe..), pusing2 kt Sunway Piramid, cuci2 mate cari inner, blaus utk dinner.. Aku yang kalut mase tu, mcm aku pulak yang nak gi dinner. Hehe. Tengah kenyang, dengan nafsu makan yang membuak2. Kitorang gi pulak The Manhattan Fish, mentekedarah fish n chips satu tray. Banyak giler sampai tak abes. (sebenanya lg sket je nak abes tuu..) Hehe.. Nyum2! Cedapnye.. Sayang kalo dengan abg musti kena banyak makan tau! Bwu cehat dan bertenaga.. balik lmbt sket takpe.. yang penting aku sonok sangat ari ni. Hilang beban keja bila datang sini.
Esok tu kua lg, gi jalan2 shopping tak abes lagi dari times square sampai shah alam. Dekat je tu.. Aku cuma nak sayang salu ada kat sbelah. That's all I need. Emm.. Hari ni balik awal sket sbb kena anta keta awal. Esoknye sayang tak cehat, kalaula aku ada kat situ..bahagianya kalo dapat jaga dia. Alhamdulillah petang tu dah kurang sket caket pewot. Abg nak syg rest je aritu..
Syg, maafkan abg yea kalo ada tersalah kata, abg betul2 sayangkan syg. Abg tau sayang sedih bila abg dah nak balik. Sayang pun nak kua aritu. Tapi kalo sayang yang anta abang mesti lagi sedih kan. Namo cedey2 tau. Abg salu ada dekat sayang. Kalo windu kat abang sayang kiss cincin kita key. Abg gi keja je syg, nanti abg datang lagi key. Kita slalu kol yea, abg nak borak dgn sayang lama2. Org tu kan dah abes pektikel kan. Jeles nih! Hehe.
Sementara abg nak duk sana trus, abg cuba slalu gi sana key. Dapat kua dgn sayang bape hari pun takpe. Kita jauh mcmana pun abg ada sayang sorang je. Namo cedey2 lagi sayang, esok abg cover bil tu kita borak lg key. Truly from the bottom of my heart, I love you sayang! Mmmmuahhhh~
Tuesday, November 3, 2009
Perbezaan Takaful dan Insurans
Apakah yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
• Tanggal 15 Jun 1972, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang FASID (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur GHARAR (tidak ketentuan), MAISIR (judi) dan RIBA.
• Gharar bermaksud “ketidakpastian”. Maksud ketidakpastian dalam muamalat Islam ialah: "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".
• Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.
• Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud apabila:
1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
• Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
• Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional.
• Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.
• Bank Negara jugak mewajibkan setiap pengendali Takaful supaya mempunyai satu badan yang dikenali sebagai Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab mengawalselia produk dan pelaburan syarikat supaya tidak bercanggah daripada prinsip muamalah yang berteraskan hukum syarak. Sebagai contoh pengendali takaful Etiqa Takaful Berhad mempunyai Majlis Pengawasan Syariah yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Seri Hj. Harussani bin Hj. Zakaria.
• Syarikat pengendali takaful di Malaysia:
1. Etiqa Takaful Berhad
2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
3. Prudential BSN Takaful Berhad
4. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
5. Commerce-Takaful Berhad.
6. MAA Takaful
7. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
•
Yang tersirat - SSPN vs. Takaful Sarjana
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
1. Anak perlu meminjam untuk kemasukan ke universiti.
2. Tiada jaminan jika berlaku musibah kepada anda.
3. Tiada jaminan simpanan pada umur anak 20 tahun.
4. Perlindungan insurans RM 10,000-RM 50,000 (maksimum).
5. Akaun boleh di buka dimana-mana (BSN, Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Agro Bank dan Bank Islam TETAPI untuk tuntutan dan pengeluaran hanya boleh dilakukan di Pejabat PTPTN, Wisma Chase Perdana, Damansara.
6. Dividen tahunan.
7. Pengeculian cukai pendapatan.
Takaful Sarjana
1. Simpanan tetap, anak tidak perlu meminjam untuk kemasukan ke universiti.
2. Gagal ke universiti? RM 30,000 untuk ke IPTS atau sebagai modal berniaga.
3. Pembayar meninggal dunia/hilang upaya kekal? Bayaran akan diteruskan oleh Etiqa Takaful + Biasiswa RM 500 setiap tahun sehingga umur anak 25 tahun.
4. Perlindungan insurans RM 70,000 – RM 500,000
5. Akaun boleh di buka dengan mana-mana 12,000 ejen di seluruh negara. Tuntutan dan pengeluaran boleh dibuat melalui ejen-ejen atau 25 cawangan Etiqa di setiap negeri.
6. Dividen tahunan 5.5% + Mudharabah.
7. Pengecualian cukai pendapatan RM 3,000.
8. Simpanan dijamin RM 30,000 pada umur anak 20 tahun.
9. Elaun wad RM 70 sehari (untuk semua jenis penyakit atau kemalangan)
10. Khairat kematian – tuntutan segera 24 jam RM 1,000
11. Anugerah Kecemerlangan Etiqa : UPSR 5A – RM 500, PMR 8A – RM 750, SPM 8A – RM 1000, STPM 5A – RM 1,000.
12. Manfaat kematian pembayar akibat kemalangan RM 20,000.
13. Simpanan telah dizakatkan dengan Majlis Agama Islam Negeri.
14. Sistem Muamalat Islam + Amal Jariah + Mudharabah.
* Takaful Sarjana ialah pelan simpanan pendidikan yang disediakan oleh Etiqa Takaful Berhad, ahli kumpulan Maybank.
Saturday, October 31, 2009
Cerita tentang haiwan...
Lawa giler! Kalo boleh dipegang harus gue taknak lepas (pinjam kata Nabila ni sebenanya.hehe!). Inilah dia makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang dikatakan haiwan yang paling bijak iaitu anjing. Tadi masa gue jaga booth di depan Etiqa Takaful Cawangan Kamunting, ada sebuah kereta parking depan kaunter. Tergamam jugakla tgk ada anjing dalam kereta Proton Iswara tu. Bukan takut, tapi geram. Sempat aku interview owner dia, Mr. Raja. Katanya, anjing tu dibeli dua tahun lepas dengan harga RM 5,000! Anjing ni unik, comel, manja dan yang paling aku terkejut skali dia tak boleh sedih??! Kalo sedih tak lama dia akan mati! Sebab tu tak boleh kena tinggal, kena selalu bawak dia jalan-jalan. Manja betul kan? Hehe. Bole tengok jelaa...
Sempat aku buat research dalam internet td, dia ni dari jenis Chow-chow. Asal dari China, dulu ia digunakan sebagai penjaga istana dan teman berburu. Ia sangat setia pada majikannya dan boleh mencapai umur sehingga 8 tahun. Yang menariknya, ia mempunyai sifat pendendam sebab ia tidak akan berbaik semula jika bergaduh dengan anjing yang lain.
Sebenarnya dalam Islam peranan anjing sudah tidak asing lagi kerana keupayaannya menyelesaikan beberapa tugas yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Namun dalam masyarakat Melayu anjing dianggap binatang yang negatif (jahat, garang, kotor, dsb). Apepun semua tanggapan itu bersebab. Sebab utamanya adalah kerana anjing merupakan binatang yang bukan sahaja tidah halal dimakan, tetapi juga tidak boleh disentuh kerana dalam Islam anjing tergolong dalam najis Mughallazah (najis berat).
Sebab yang lain pula ialah jurang antara hubungan kita dengan binatang ini terlalu dalam sehingga kita hampir tidak menyedari keistimewaan yang dimiliki olehnya berbanding dengan binatang lain. Namun tidak dapat dinafikan bahawa hari ini sudah ramai diantara kita yang beragama Islam dan berbangsa Melayu yang mula menyedari hakikat ini dan membela anjing untuk tujuan tertentu. Contohnya membela anjing sebagai penjaga ladang tanaman atau ladang ternakan. Peranan haiwan ini amat penting untuk menjaga ternakan daripada diganggu oleh haiwan lain atau si pencuri. Selain itu tanaman yang berekar-ekar luasnya mungkin tidak mampu untuk dipantau oleh manusia, maka anjinglah yang diharapkan untuk menjaganya daripada dikunjungi oleh tetamu yang tidak diundang.
Pernah seorang apek mekanik motosikal memberitahu saya, anjing yang paling cerdik ialah yang berekor bengkok kerana anjing jenis ini lebih sensitif dan bijak, dan mampu mengesan tetamu pada jarak sehingga 500 meter. Bayangkan kekuatan deria yang ada pada mereka.
Pihak berkuasa juga telah membuka mata untuk menggunakan peranan anjing dalam penguatkuasaan undang-undang dan operasi menyelamat. Polis, KPDNKK dan Bomba mempunyai skuad anjing pengesan untuk mengesan penjenayah, mayat, dadah dan vcd haram. Namun apa yang perlu kita sedari disini, walau sehebat mana pun kemampuan haiwan ini kita tetap perlu menjaga hukum hakam yang telah digariskan di dalam Al Quran.
Anjing mungkin boleh dibela untuk tujuan tertentu, tapi mesti dengan cara yang betul. Contohnya, alim ulama memberitahu bahawa anjing tidak boleh dibela di dalam rumah kerana malaikat tidak memasuki rumah yang dibela anjing. Selain itu, perkakasan untuk menyamak (cth. tanah liat) perlu disediakan sepanjang masa untuk mengelakkan kesulitan ketika ingin membersihkan diri untuk menunaikan solat dan ibadah yang lain dengan sempurna.
Friday, October 30, 2009
Fardhu Haji
Labbaikallah Hummalabbaik..
Labbaikalaa Syarikalakalabbaik..
Innalhamzah Wannikmata..
Lakawalmulk Laasyarikalahh..
Musim haji tiba lagi. Saban tahun ramai yang tidak sabar-sabar menanti giliran untuk menunaikan fardhu haji di Tanah Suci. Tahun ini seramai 26,000 jemaah haji dari Malaysia berada di tanah suci. Kita di tanahair akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27 November yang akan datang dengan kesederhanaan dan penuh keinsafan. Kami di ampangtaiping.blogspot mendoakan keselamatan bakal haji supaya terpelihara serta dapat menunaikan haji yang mabrur dan diterima Allah.
Segmen Agama kali ini mengungkap istilah haji dan rukun-rukunnya. Semoga ia dapat memberi panduan kepada kita semua yang bakal menunaikan fardhu haji selepas ini.
Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup.
Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."
PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH PADA SYARAK
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
SYARAT-SYARAT HAJI MENGIKUT MAZHAB SYAFIE
1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
3. Mukallaf.
4. Berkemampuan dengan syarat:
- Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
- Ada kenderaan pergi dan balik.
- Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
- Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
- Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.
JENIS-JENIS HAJI
Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-
1. Haji Tamattuk
2. Haji Qiran
3. Haji Ifrad
4. Umrah
RUKUN-RUKUN HAJI
1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
5. Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
6. Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.
CARA MENCAPAI HAJI MABRUR
1: Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).
2: Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
3: Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya.
5- Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji.
Wallahu A’lam..

Subscribe to:
Posts (Atom)