Seorang pelanggan telah singgah di booth saya baru-baru ini. Mengadu sebab tak dapat claim takaful walaupun mengalami patah tulang rusuk akibat kemalangan. Simpati saya mendengar keluhannya. Rasa amat berat masalah yang ditanggung, sudahlah tak dapat buat kerja berat. Sanggup pergi ke 2-3 syarikat insurans, satu pun tak dapat claim. Saya tertanya-tanya apa masalahnya. Insurans @ Takaful bukan menipu, kita menolong orang. Apatah lagi yang ditimpa musibah. Prinsipnya mudah, kalau tak dapat claim, mesti ada sebab.
Beliau mula bercerita, dua tahun lepas masa menbuat pinjaman untuk beli rumah, insurans dimasukkan sekali. Beliau mengandaikan bahawa insurans tersebut akan cover semua musibah termasuk kemalangan. Sebenarnya beliau terkhilaf dalam mentafsir insurans, sama seperti ramai lagi yang di luar sana.
Insurans untuk pinjaman perumahan dikenali sebagai 'mortgage insurance' atau insurans gadaijanji. Tujuannya ialah supaya jika berlaku kematian kepada peminjam, wang insurans tersebutlah yang akan melunaskan baki pinjaman. Tetapi harus diingat, Pelan Insurans Gadaijanji hanya meliputi perlindungan kematian dan hilang upaya kekal sahaja kerana bayarannya juga murah. Akibatnya pelanggan tersebut tidak dapat satu sen pun wang tuntutan.
Sama seperti insurans kenderaan, jika tidak dimasukkan 'clause' untuk perlindungan cermin hadapan atau 'windscreen' dan membayar jumlah tambahan untuk perlindungan tersebut, maka insurans tidak akan menanggung kerugian disebabkan cermin hadapan yang pecah.
Justeru kita harus peka dan mempelajari ilmu berkenaan dengan insurans @ takaful supaya tidak menanggung kerugian nanti. Kemudian saya cadangkan kepada untuk menukar polisi kepada yang lebih lengkap, tapi saya khuatir sama ada ia boleh diluluskan kerana tulang rusuknya telah patah! Peril yang agak serius untuk dipertimbangkan. Apapun, biarlah 'Medical Board' insurans yang menentukan.
Monday, November 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment