Wednesday, October 15, 2008

Tahukah Anda?

1. Tahukah Anda apabila 350ml air yang diambil dari paip sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Tahukah Anda bahawa air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Tahukah Anda bahawa Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


9. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


10. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita..

hmmm... macam org punya akal la ni...

...tahukah anda jika anda menjolok lubang plug elektrik di rumah anda dgn tangkai garpu, jiran anda akan makan kenduri 3 malam di rumah anda?

Why insurance & some tips!

Tips mengambil polisi insurans!

1. Mengambil insurans adalah tindakan yang bijak kerana kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri.

2. Orang ramai digalakkan mengambil insurans ketika masih muda dan sihat mengikut kemampuan.

3. Lebih muda usia bermula mengambil insurans, lebih tinggi pulangan apabila tempoh matang insurans.

4. Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan pelbagai syarikat antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am.

5. Ada takaful yang mengamalkan pelaburan secara islamik dan pelanggan tidak seharusnya risau mengenai masalah riba yang selalu dikaitkan dengan insurans.

6. Insurans terbahagi kepada simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mcapai tempoh matang manakala perlindungan akan mendapat manfaat yang tinggi apabila berlaku sesuatu.

7. Insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang dimasukkan ke wad dijamin tanggungan perbelanjaan kos rawatan dan boleh mendapatkan bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.

8. Jika pemegang polisi insurans meninggal dunia akibat musibah, nilai pampas an insurans akan diserahkan kepada warisnya.

9. Pelanggan digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini.