Saturday, November 28, 2009

Perodua Alza - Kereta juga MPV?





Pada 28 Oktober lepas (rujuk Arkib), saya sempat berkongsi tentang MPV pertama Perodua yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Setelah hampir sebulan menunggu akhirnya pada 23 November 2009 Perodua Alza dilancarkan. Ramai yang terpegun dengan gaya dan spesifikasi yang menawan hasil kejuruteraan Perodua, syarikat pengeluar kenderaan ekonomi di Malaysia.

Terlalu awal untuk menilai kekuatan yang ada pada produk ini namun rata-rata pengunjung terpegun dengan kebolehan Perodua menghasilkan sebuah kenderaan yang berkonsepkan MPV pada harga kereta sedan dalam kelas CC yang sama. Dengan nilai yang tertera, banyak ‘tambah tolak’ yang boleh ditemui daripada produk ini.


Saya meluangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat kenderaan ini pada 24 November mendengar penerangan drpd Pn. Fuza, Eksekutif Perodua (kebetulan kenalan saya). Penerangan lebih berkisar tentang body, spec, enjin dan keselesaan untuk penumpang. Saya tertarik dengan lampunya yg ala-ala Avanza (mmgla sbb MPV ni pn diilhamkan daripada model Toyota Passo). Model premiumnya siap dengan fog lamp, butang radio di stereng dan GPS. Enjinnya agak berkuasa dengan kekuatan TwinCam 16V hasil talaan Toyota. Ruang penumpang yang luas (luas sedikit daripada Myvi), boleh memuatkan 7 orang, Alza sesuai bagi mereka yang berkeluarga besar tetapi mementingkan harga yang ekonomi. Kekurangannya pada ruang bagasi yang tidak mampu untuk memuatkan beg beroda melainkan jika kerusi belakang dilipat (sama fungsi seperti kereta sedan). Sebab itu ada yang mempersoalkan sama ada Alza sebuah MPV atau kereta? Saiznya panjang sedikit daripada Myvi (Myvi 376cm/Alza 421cm, beza 45cm shj). Jika di USA Kia Carnival (sama saiz Naza Ria) di dalam kelas mini MPV, Alza pula mungkin boleh dikelaskan dalam kategori 'little MPV' kot. Jangan mara yea!

Spesifikasi yang paling tinggi yang terdapat pada Alza yang dikenali sebagai Perodua Alza Advance Version dalam model Premium 1.5 Automatik dan Manual. Model ini dilengkapi dengan bodykit baru seperti skirt depan, belakang dan sisi, tempat duduk siapan kulit, system navigasi GPS menggunakan Windows CE (Embedded Compact) dengan LCD skrin sentuh yang boleh dilengkapi dengan reverse camera.


Pagi 24 November saya mengikuti lintas langsung di Malaysia Hari Ini, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar memberi jaminan bahawa pembeli akan mendapat kenderaan mereka selewat-lewatnya 3 bulan selepas tempahan tidak seperti Myvi yang dah ditempah setahun baru dapat. Cuma satu perkara yang bermain di fikiran saya, dengan keupayaan enjin 1.5 CC, sesuai ke nak tanggung berat Alza yang hampir 1 tan plus 7 orang penumpang? Camane la gayanya bila naik Highway Karak atau Highway Jelapang. Jangan jadi macam Kancil sudahlah, nak memotong lori pun takut tak lepas. Nak tambah Turbo takut JPJ saman. Apepun, kita test drive dulu baru beli okey! (kalo bawak mcm keta sekolah memandu baik tak payah test drivela kann.hehe. 'Lenjan'la cukup2 baru tau power ke tak, nak buat instalment 7 tahun bro, kena test betul-betul)

p/s: Sila lihat harga di bawah untuk rujukan yea.
– ampangtaiping@blogspot

Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190

Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190

Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190

Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190

(Solid Metallic = Pearl White)

0 comments: