Saturday, October 31, 2009

Cerita tentang haiwan...


Lawa giler! Kalo boleh dipegang harus gue taknak lepas (pinjam kata Nabila ni sebenanya.hehe!). Inilah dia makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang dikatakan haiwan yang paling bijak iaitu anjing. Tadi masa gue jaga booth di depan Etiqa Takaful Cawangan Kamunting, ada sebuah kereta parking depan kaunter. Tergamam jugakla tgk ada anjing dalam kereta Proton Iswara tu. Bukan takut, tapi geram. Sempat aku interview owner dia, Mr. Raja. Katanya, anjing tu dibeli dua tahun lepas dengan harga RM 5,000! Anjing ni unik, comel, manja dan yang paling aku terkejut skali dia tak boleh sedih??! Kalo sedih tak lama dia akan mati! Sebab tu tak boleh kena tinggal, kena selalu bawak dia jalan-jalan. Manja betul kan? Hehe. Bole tengok jelaa...

Sempat aku buat research dalam internet td, dia ni dari jenis Chow-chow. Asal dari China, dulu ia digunakan sebagai penjaga istana dan teman berburu. Ia sangat setia pada majikannya dan boleh mencapai umur sehingga 8 tahun. Yang menariknya, ia mempunyai sifat pendendam sebab ia tidak akan berbaik semula jika bergaduh dengan anjing yang lain.

Sebenarnya dalam Islam peranan anjing sudah tidak asing lagi kerana keupayaannya menyelesaikan beberapa tugas yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Namun dalam masyarakat Melayu anjing dianggap binatang yang negatif (jahat, garang, kotor, dsb). Apepun semua tanggapan itu bersebab. Sebab utamanya adalah kerana anjing merupakan binatang yang bukan sahaja tidah halal dimakan, tetapi juga tidak boleh disentuh kerana dalam Islam anjing tergolong dalam najis Mughallazah (najis berat).

Sebab yang lain pula ialah jurang antara hubungan kita dengan binatang ini terlalu dalam sehingga kita hampir tidak menyedari keistimewaan yang dimiliki olehnya berbanding dengan binatang lain. Namun tidak dapat dinafikan bahawa hari ini sudah ramai diantara kita yang beragama Islam dan berbangsa Melayu yang mula menyedari hakikat ini dan membela anjing untuk tujuan tertentu. Contohnya membela anjing sebagai penjaga ladang tanaman atau ladang ternakan. Peranan haiwan ini amat penting untuk menjaga ternakan daripada diganggu oleh haiwan lain atau si pencuri. Selain itu tanaman yang berekar-ekar luasnya mungkin tidak mampu untuk dipantau oleh manusia, maka anjinglah yang diharapkan untuk menjaganya daripada dikunjungi oleh tetamu yang tidak diundang.

Pernah seorang apek mekanik motosikal memberitahu saya, anjing yang paling cerdik ialah yang berekor bengkok kerana anjing jenis ini lebih sensitif dan bijak, dan mampu mengesan tetamu pada jarak sehingga 500 meter. Bayangkan kekuatan deria yang ada pada mereka.

Pihak berkuasa juga telah membuka mata untuk menggunakan peranan anjing dalam penguatkuasaan undang-undang dan operasi menyelamat. Polis, KPDNKK dan Bomba mempunyai skuad anjing pengesan untuk mengesan penjenayah, mayat, dadah dan vcd haram. Namun apa yang perlu kita sedari disini, walau sehebat mana pun kemampuan haiwan ini kita tetap perlu menjaga hukum hakam yang telah digariskan di dalam Al Quran.


Anjing mungkin boleh dibela untuk tujuan tertentu, tapi mesti dengan cara yang betul. Contohnya, alim ulama memberitahu bahawa anjing tidak boleh dibela di dalam rumah kerana malaikat tidak memasuki rumah yang dibela anjing. Selain itu, perkakasan untuk menyamak (cth. tanah liat) perlu disediakan sepanjang masa untuk mengelakkan kesulitan ketika ingin membersihkan diri untuk menunaikan solat dan ibadah yang lain dengan sempurna.

0 comments: