Taiping sinonim dengan istilah ‘Bandar Orang Pencen’. Ia menggambarkan ketenangan yang terdapat di bandar ini yang lebih sesuai untuk mereka yang ingin beristirehat. Perkataan ‘Tai - Ping’ dalam bahasa Mandarin bermaksud keamanan yang berkekalan. Terkenal dengan sejarah bandar bijih timah pada zaman Long Jaafar, masih terdapat tinggalan lombong bijih timah yang kemudiannya berubah menjadi taman tasik yang indah dan nyaman.
Terletak di antara laut Selat Melaka dan Banjaran Titiwangsa, Taiping merupakan tempat yang paling kerap menerima hujan dan di istilahkan sebagai kawasan paling lembab di Semenanjung Malaysia. Secara puratanya, Taiping menerima hujan selama 320 hari setiap tahun. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati disamping melihat kepelbagaian suasana dan masyarakat yang ada di sini.
Pelbagai pakej disediakan oleh agen pelancongan untuk rombongan tetapi lebih menarik jika anda dapat memandu sendiri untuk sampai ke sini melalui lebuh raya PLUS, merasai pengalaman menaiki keretapi dan bas.
Antara tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi:
- Zoo Taiping
- Hutan Paya Bakau Matang
- Bukit Larut
- Burmese Pool
- Bukit Merah Laketown Resort
- Muzium Perak (1886)
- Penjara Taiping (1879)
- Stesen Keretapi Taiping (1885)
- Bukit Jana Golf & Country Club
- Kompleks Bersejarah Kota Ngah Ibrahim
- Taman Tasik Taiping
0 comments:
Post a Comment