Friday, October 30, 2009

Fardhu Haji

Labbaikallah Hummalabbaik..
Labbaikalaa Syarikalakalabbaik..
Innalhamzah Wannikmata..
Lakawalmulk Laasyarikalahh..


Musim haji tiba lagi. Saban tahun ramai yang tidak sabar-sabar menanti giliran untuk menunaikan fardhu haji di Tanah Suci. Tahun ini seramai 26,000 jemaah haji dari Malaysia berada di tanah suci. Kita di tanahair akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27 November yang akan datang dengan kesederhanaan dan penuh keinsafan. Kami di ampangtaiping.blogspot mendoakan keselamatan bakal haji supaya terpelihara serta dapat menunaikan haji yang mabrur dan diterima Allah.


Segmen Agama kali ini mengungkap istilah haji dan rukun-rukunnya. Semoga ia dapat memberi panduan kepada kita semua yang bakal menunaikan fardhu haji selepas ini.


Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup.

Firman Allah Taala :

(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)

Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."


PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH PADA SYARAK

Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.


SYARAT-SYARAT HAJI MENGIKUT MAZHAB SYAFIE

1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
3. Mukallaf.
4. Berkemampuan dengan syarat:
- Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
- Ada kenderaan pergi dan balik.
- Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
- Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
- Aman perjalanan.

Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.



JENIS-JENIS HAJI

Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-

1. Haji Tamattuk
2. Haji Qiran
3. Haji Ifrad
4. Umrah



RUKUN-RUKUN HAJI

1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
5. Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
6. Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.

CARA MENCAPAI HAJI MABRUR

1: Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).
2: Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
3: Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya.
5- Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji.



Wallahu A’lam..

0 comments: