Thursday, November 12, 2009

10 tips Merancang Perkahwinan





1. Kenal pasti bajet yang disediakan untuk majlis perkahwinan.
Rancanglah majlis yang sesuai dengan bajet ada. Jangan keterlaluan dan lupa diri sehingga terpaksa berhutang keliling pinggang.'Ukurlah baju di badan sendiri'.

2. Mohon Cuti Sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal.
Sebelum itu, maklumkan tentang perkahwinan anda kepada majikan/ketua anda. Paling penting siapkan segala kerja yang telah dimulakan. Ia agar tiada pihak yang rasa terbeban sementara anda bergembira membuat persiapan.

3. Hal mengisi dokumen perkahwinan.
Perkara ini sering dipandang enteng oleh bakal pengantin sedangkan ia adalah perkara terpenting. Oleh itu anda haruslah mengisi dan menghantarnya kepada pihak berwajib lebih awal. Pastinya anda tidak perlu berkejar-kejar untuk pulang ke kampung pada saat-saat akhir.

4. Tempahan Kad Jemputan.
Setelah kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai tarikh perkahwinan, anda seharusnya tidak membuang masa dan terus menempah kad. Persiapan awal membolehkan anda membuat tinjauan harga dan reka bentuk yang diinginkan. Jangan lupa menyenaraikan nama jemputan dan bilangannya agar tidak menempah kuantiti kad yang berlebihan.

5. Tempahan Khidmat Fotografi
Kenangan manis perkahwinan pasti dikenang seumur hidup. Tempahlah khidmat fotografi lebih awal agar anda boleh mendapatkan mereka yang terbaik dalam bidang ini. Pada masa yang sama mengelakkan diri dicaj lebih mahal kerana membuat tempahan pada saat-saat akhir.

6. Pilihan Baju Pengantin Dan Pilihan Mak Ndam
Anda akan mempunyai pilihan yang lebih banyak dan berpeluang mendapatkan pakaian yang
tercantik. Paling menarik anda mempunyai masa untuk mencari butik dan harga mengikut bajet. Penampilan anda pada hari istimewa pasti lebih anggun dengan adanya sentuhan mak andam. Jika bertindak lebih awal, anda boleh mendapatkan khidmat mak andam kegemaran.

7. Wali dan Saksi Yang Sah.
Tanpa wali dan saksi yang sah, majlis perkahwinan tidak dapat dilangsungkan dengan lancar. Bakal pengantin perempuan haruslahmemastikan kedua-dua pihak ini bersedia dan sedia maklum akan tarikh dan masanya. Jangan biarkan kesilapan komunikasi menjejaskan majlis perkahwinan anda.

8. Insurans Sebagai Jaminan.
Ramai tidak menyedari kepentingan insurans dalam situasi begini. Tidak salah jika anda mengambil insurans sebagai satu jaminan. Maklumlah malang tidak berbau.
Andainya anda ditimpa musibah, perancangan yang telah dilakukan tidak lebur begitu sahaja. Anda boleh mendapatkan tuntutan dan tidak perlu menangguhkan majlis yang telah lama dirancang.

9. Ujian Saringan HIV
Beberapa negeri telah mewajibkan bakal pasangan pengantin menjalani ujian saringan HIV. Jika anda berasal dari negeri berkenaan, setkan hari yang sesuaiuntuk mengambilnya. Jangan lakukan pada saat genting kerana banyak prosedur yang perlu diikuti sebelum mendapat keputusan.

10. Bagi tampil berseri-seri pada hari bahagia, bakal pengantin perempuan haruslah
mendapatkan rawatan kesihatan dan kacantikan di spa. Pelbagai pakej yang disediakan dan anda boleh memilih mengikut kemampuan masing-masing. Rawatan ini boleh menambah keyakinan anda untuk berdepan dengan para jemputan pada hari bersejarah itu.

0 comments: