Terdetik di fikiran saya untuk berkongsi sedikit ilmu kehidupan di sini. Sikap orang kita dan 'Ca Ya Nun Alif'. Saya tidak suka memuji bangsa lain, tapi saya percaya jika kita ambil yang baik, pasti kita juga akan berjaya seperti mereka, dalam apa bidang sekalipun. Bukan senang nak dapat ilmu berniaga kalau kita tak betul-betul cuba. Macam kata seorang sahabat, jika ada Ijazah Sarjana dalam bidang perniagaan sekalipun, belum tentu kita boleh bertahan dalam bisnes. Orang Cina berani. Dalam kelas mereka yang berani bertanya, luar kelas mereka juga yang berani membuli atau bertumbuk. Dalam bisnes pula mereka juga berani mencuba dan mereka berani jadi kaya!
Orang Cina memang begitu..
Mereka pandai merancang, tidak macam kita. Jika gaji RM 3,000 sebulan, mereka simpan RM 1,500. Cukuplah ada sebuah Proton Iswara untuk ke tempat kerja. Orang kita, gaji RM 2,000, untuk belanja mesti ada RM 3,000 (tambah kad kredit RM 1,000). Seorang prospek saya, askar berpendapatan RM 1,000 sebulan, kereta Proton Perdana second hand, sebulan RM 600. Baki lagi RM 400, terfikir jugak macam mana dia tanggung anak isteri. Rupa-rupanya isterinya cikgu. Income RM 3,000 untuk sewa rumah, susu anak, barang dapur, lampin, bil elektrik, Astro dan telefon. Habis tu gaji abang spend untuk apa? tanya saya. Jawabnya, minyak kereta pun dah lebih RM 300 sebulan, bulan depan ingat nak tukar sport rim. Terdiam saya. Patutlah ramai askar yang suka cari cikgu. Macam tu rupanya.
Teringat pada sahabat saya, anak Cina di Universiti Malaya yang mengambil jurusan sama. Tinggal di apartment dengan bayaran RM 200 seorang setiap bulan. Tanpa pinjaman PTPTN atau mana-mana tajaan, beliau mampu menanggung semua kos pelajaran, tempat hiburan dan sesekali malam minggu 'clubbing' dengan rakan-rakan. Ayahnya buat bisnes apa? Hanya seorang guru. Mereka bukan orang senang pada asalnya, tapi sejak beliau lahir, ayahnya menyimpan sekurang-kurangnya RM 200 sebulan untuk pendidikannya sehinggalah beliau ke universiti. Saya mula mengira, RM200 x 12 bulan x 18 tahun = RM 43,200. Kalau buat pinjaman PTPTN, hanya dapat RM 19,500. Lepas belajar kena bayar balik dengan bunganya pula. Nak buat macamana benda dah lepas. Siapa kata? Anak-anak kita kan ada. Rancanglah untuk mereka.
Satu lagi sikap orang Cina, jika ditanya 'encik kerja apa?' atau 'kerja di mana?', sebelah mata pun dia tak pandang. Tapi jika ditanya 'tauke buat bisnes apa?'. Pasti perbualan akan jadi panjang. Banyak rahsia mereka yang kita bole dapat. Orang kita bila ada yang berniaga, 'buat apalah berniaga, carilah kerja tetap (makan gaji)'. Rasulullah pernah bersabda bahawa 9/10 daripada pendapatan daripada perniagaan. So, whats the problem with all these people? Sebab itulah ramai graduan yang menganggur. Sebab tidak ada yang mendorong supaya mereka bekerja sendiri atau berniaga. 'Tunggulah nanti kalau2 dapat kerja gomen' kata maknya. Begitulah orang dulu-dulu, style lama. Alahai..
Ramai sebenarnya orang kita yang sudah berjaya. Majoritinya dengan berniaga, dan ada syarikat sendiri. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bermula dengan membela dan menjual lembu. Hari ini beliau ada Yayasan Albukhary yang membantu orang susah, sedangkan kita masih lagi harap dibantu. Dan hari ini beliau adalah pemegang saham terbesar dan memiliki Gardenia, DRB Hicom dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Di mana kita?
Selain itu, orang Cina juga tidak percayakan bangsa lain. Anda faham apa maksud saya. Lantas kenapa kita harus terlalu percayakan mereka sehingga kita meminggirkan peniaga Melayu yang baru bertatih belajar berniaga. Barang yang dijual oleh peniaga Melayu itu mungkin mahal sedikit, tapi itu hanyalah sementara kerana peniaga Melayu sukar mendapat bekalan dengan harga yang murah daripada pembekal yang rata-rata dimonopoli oleh Cina. Siapa lagi yang akan membantu mereka? Kadang-kadang dengan harga yang sama sekalipun kita masih membeli daripada Cina. Sayangnya kita pada mereka.
Orang Cina juga tidak suka dipuji. Cuba tanya mereka, 'tauke, grand betul wedding ceremony anak you. Bisnes banyak untung ni..', pasti jawabnya, 'tak adalah encik, untung sikit-sikit saja, ceremony pun biasa saja..'. Tapi jika ditanya pada orang kita, 'Besarnya kenduri anak kau Man', jawabnya 'Biasa je Mat, tp kalau takde gaji dia tiga empat ribu mana nak buat kenduri besar mcm ni kan?'. 'A'ah, iye2!'..
Suka dipuji, tak suka dikeji.. Apa salahnya orang mengeji kita jika ia boleh mengubah kita menjadi lebih baik. Nampak bezanya kan. Sebenarnya bila kita merendah diri, kita akan dapat ramai kawan. Bila ramai kawan, perniagaan kita pun akan bertambah maju. Yang penting kita kena selalu ikhlas bila berniaga, duit akan datang kemudian.
Orang Cina pentingkan simpanan kerana mereka mahu bersara dengan selesa dan tenang. Pada mereka bersara adalah waktu untuk berehat. Pengurus Agensi saya pernah berkata, kita hanya boleh bersara jika ada simpanan sebanyak RM 3 juta. Sebabnya, kos perubatan akan meningkat, untuk makan angin lagi, teringin jugak nak pegi oversea. Seboleh-bolehnya bersaralah pada umur 55 tahun, itu yang paling sesuai untuk menumpukan pada amal ibadat. Tapi kalau tak ada duit macam mana nak bersara? Minta duit anak-anak? Malunya.. Terpaksalah sambung 'service' sampai umur 58 tahun. Tak cukup lagi, sambung jadi security guard. Dapat jugak pegang senapang. Hehe. Sahabat saya yang bertugas di RHB Bank pernah memberitahu, tauke insurans Cina sebelah Bangunan UMNO Taiping yang baru berusia 45 tahun, ada lebih RM 5 juta dalam akaunnya. Beliau selalu ke pejabat dengan motosikal Honda Cub C70, hanya sesekali ternampak kelibatnya menaiki Mercedes S-Class. Begitu cepat mereka meninggalkan kita. Mungkin beliau melabur di mana-mana, kita pun boleh begitu. Tapi, dimana kedudukan kita sekarang?
Selepas ini mungkin ada yang membuat keputusan untuk terus melabur. Sebenarnya sikap itu perlu diperbetulkan. Perkara yang perlu diutamakan ialah perlindungan dan simpanan. Pelaburan hanya boleh dibuat jika ada lebihan, jika pendapatan kita cukup-cukup jangan dilaburkan dahulu. Sebab risikonya ada. Jika amaunnya tinggi, risikonya juga tinggi. Pelaburan pada asalnya dijalankan untuk peniaga dan orang yang berpendapatan tinggi, kerana mereka sentiasa ada wang lebihan. Bagi yang telah ada simpanan, belajarlah melabur. Jika kita baru berjinak-jinak, dalami dahulu ilmu pelaburan dengan sempurna kerana banyak syarikat kewangan yang menawarkan skim pelaburan seperti bank, syarikat sekuriti dan unit amanah. Berhati-hati juga untuk menggunakan perantaraan dengan orang Cina kerana mereka terkenal juga dengan sikap yang suka menipu. Untuk permulaan, asingkan sebahagian wang gaji tersebut untuk disimpan, sekurang-kurangnya 20%. Jika ada lebihan bolehlah dilaburkan untuk mendapat keuntungan.
Itulah perbezaannya. Mungkin ada yang sedar, ada juga yang belum boleh menerima hakikatnya. Yang pasti, kita sebenarnya kita sudah jauh ketinggalan. Ramai antara kita yang masih tak serius dalam hidup. Berusahalah selagi ada masa dan tubuh masih sihat. Life is short, jadikan ia amat bermakna untuk generasi kita nanti. Seorang kawan pernah mengeluh sebab tension dan penat cari duit lebih. Jawab saya, 'kalau tua2 nanti takde duit, lagi tension!'..
-ampangtaiping@blogspot.com
3 comments:
Dalam bisnes ni, kena berani amik risiko. tapi kalo difikirkan, setiap perkara yang kita nak buat risiko tetap ada. Tak salah mencuba. Kalo tak cuba, sampai bila2 pun kita tak tau potensi yg ada dlm diri kita. Lagi satu, kalo nak berjaya, kena ikut cara org berjaya. Bukan dengar cakap org yang mencuba separuh jalan, pastu tak berjaya. sampai bila pun kita takkan maju. Hidup satu perjuangan, berjuanglah sepenuhnya untuk hidup. ~Ayong afzan~
Wah, komen berani tu. Chaiyok2! Tula, untuk berjaya kita kena terus belajar. Kegagalan salah satu daripada silibus orang berniaga. Yang penting, apa yang kita rasa betul, berusaha sampai dapat apa yang kita nak. Yakinlah kejayaan akan tiba bila sampai masanya. No shortcut to success, kejayaan bukan terus datang setahun dua, Thomas Alva Edison berjaya mencipta mentol pada cubaan yang ke-999. Apa lagi kita kan. Don't worry, mistake is the best teacher. Kita akan jadi lebih baik. Bila kita dah buat keputusan, yakin dan fokuslah dengan matlamat yang dituju. Jangan sentiasa berubah sebab satu prinsip saya, quitter never win..
Belajarlah daripada sesiapa sahaja kerana hadis Rasul ada menyebut 'Dengarlah apa yang dikata tanpa melihat siapa yang berkata (au kama qal)'. Mungkin ada yang benar daripada apa yang ingin disampaikannya (termasuk drpd anak kecil). Selebihnya terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menilai sama ada baik untuk kita atau tidak dan jangan disalahkan sesiapa. Let's DUIT$$ (doa, usaha, istiqamah, tawakal, syukur, sabar).
Post a Comment