Thursday, October 8, 2009

6 Kesalahan Fesyen Perlu Dielakkan


1. Memakai stokin dengan sandal...
Padanan ini cukup tidak kena langsung lebih2 lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang panas. Jika anda kesejukan atau bagi memenuhi tuntutan aurat, pakailah stokin bersama kasut kerana sandal direka untuk menampakkan kaki anda.

2. Jangan suai padan pakaian yang pelik2...
Tidak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula anda memakai tali leher dengan kemeja T berkolar, turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen anda diketawakan.

3. Pakai untuk menunjuk-nunjuk...
Kadangkala less is more. Elakkan menunjuk-nunjuk label atau jenama pakaian anda. Sudahnya nanti ada yang menggelarkan papan iklan bergerak pula. Pilihlah gaya yang ringkas dan sederhana, itu lebih baik.

4. Elakkan memakai sut pejabat tapi mengenakan beg sandang.
Anda nampak tampan dalam sut pejabat anda, tetapi mengapa perlu menyandang beg? Itu sudah silap. Sebagai lelaki berkarier, tidak ada salahnya anda berbelanja sedikit membeli beg pejabat, tentu penampilan anda lebih menawan bukan?

5. Bergaya tidak kena tempat.
Sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis, tidak salah jika anda bertanyakan tema atau dress code untuk majlis tersebut. Jangan hentam kromo nanti anda juga yang malu. Jika ingin keluar makan malam dengan teman2, cukup sekadar mengenakan kemeja T, jeans dan kasut yang sepadan. Tidak perlu berlebih-lebihan.

6. Pilih baju ikut saiz badan.
Elak mengenakan baju yang besar dan menggelebeh atau yang sempit sehingga 'melekat' di badan. Pilihlah saiz pakaian yang benar2 sesuai denga tubuh anda agar anda nampak elok dan menarik.

0 comments: