Monday, October 5, 2009

Kesihatan - Barah Pangkal Rahim


Pengenalan
• Malaysia membelanjakan RM250 juta setahun untuk menguruskan barah pangkal rahim.
• Daripada jumlah itu, hanya sembilan peratus digunakan untuk ujian pengesanan awal barah pangkal rahim – ujian Pap Smear.
• Daripada keseluruhan kes barah di Malaysia, barah pangkal rahim menduduki tempat kedua selepas barah payu dara.
• Pada peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 500,000 wanita diserang barah pangkal rahim setiap tahun.

Mengenali barah pangkal rahim
• Disebabkan oleh jangkitan kuman human papillomavirus (HPV).
• Pangkal rahim secara saintifiknya bertindak sebagai laluan. Darah mengalir dari uterus melaluinya untuk ke faraj ketika haid.
• Pangkal rahim juga menghasilkan mucus yangmembantu sperma bergerak ke dalam rahim. Ketika hamil, pangkal rahim tertutup rapat bagi melindungi janin. Ketika proses kehamilan, pangkal rahim terbuka untuk membenarkan bayi lahir.
• Barah pangkal rahim bermula seperti kebanyakan barah di mana-mana bahagian tubuh, ia bermula di dalam sel.
• Selain HPV, faktor lain seperti merokok, sistem imun tubuh wanita, komplikasi pengambilan pil cegah hamil hanya sebahagian faktor lain yang dikaitkan dengan barah pangkal rahim.
• HPV adalah virus yang sangat biasa ditemui pada lelaki dan juga wanita, dan ada lebih 100 jenis HPV.
• Lebih 50 peratus orang akan mengalami satu daripada jenis HPV it sekali dalam hidupnya. Jenis HPV yang berisiko tinggi (misalnya jenis 16 dan 18) pula akan menjadi punca barah pangkal rahim.
• HPV amat mudah berjangkit. Malah, kebanyakan orang dijangkiti HPV pada tahun-tahun pertama mereka aktif dalam hubungan seksual. Justeru, ujian Pap Smear sangat disarankan.

Faktor dijangkiti HPV
• Tidak melakukan rutin ujian Pap Smear.
• Sistem tubuh yang lemah.
• Usia (barah pangkal rahim lebih banyak terjadi pada wanita berumur 40 tahun ke atas).
• Ramai pasangan seks atau perempuan yang melakukan hubungan intim dengan ramai lelaki.
• Merokok.
• Komplikasi penggunaan pil perancang.

Vaksin/Pelalian
• Cervarix dan Gardasil.
• Pelalian ini diperkenalkan pada tahun 2006 di Amerika Syarikat namun terdapat kesan sampingan kepada wanita dan perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya. Hakikatnya tiada ubat yang selamat 100 peratus kerana setiap ubat memberi kesan berbeza kepada setiap individu.
• Cervarix hanya mencegah dua strain atau jenis HPV – jenis 16 dan 18 (sedangkan ada 100 jenis HPV dengan 13 dikaitkan sebagai punca barah).
• Gardasil pula mencegah jenis 16 dan 18 dan dua lagi jenis HPV yang menyebabkan ketuat kelamin.
• Walaupun vaksin mencegah HPV disuntik, setiap wanita masih perlu melakukan ujian Pap Smear setiap tahun.

0 comments: