Saturday, October 31, 2009
Cerita tentang haiwan...
Lawa giler! Kalo boleh dipegang harus gue taknak lepas (pinjam kata Nabila ni sebenanya.hehe!). Inilah dia makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang dikatakan haiwan yang paling bijak iaitu anjing. Tadi masa gue jaga booth di depan Etiqa Takaful Cawangan Kamunting, ada sebuah kereta parking depan kaunter. Tergamam jugakla tgk ada anjing dalam kereta Proton Iswara tu. Bukan takut, tapi geram. Sempat aku interview owner dia, Mr. Raja. Katanya, anjing tu dibeli dua tahun lepas dengan harga RM 5,000! Anjing ni unik, comel, manja dan yang paling aku terkejut skali dia tak boleh sedih??! Kalo sedih tak lama dia akan mati! Sebab tu tak boleh kena tinggal, kena selalu bawak dia jalan-jalan. Manja betul kan? Hehe. Bole tengok jelaa...
Sempat aku buat research dalam internet td, dia ni dari jenis Chow-chow. Asal dari China, dulu ia digunakan sebagai penjaga istana dan teman berburu. Ia sangat setia pada majikannya dan boleh mencapai umur sehingga 8 tahun. Yang menariknya, ia mempunyai sifat pendendam sebab ia tidak akan berbaik semula jika bergaduh dengan anjing yang lain.
Sebenarnya dalam Islam peranan anjing sudah tidak asing lagi kerana keupayaannya menyelesaikan beberapa tugas yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Namun dalam masyarakat Melayu anjing dianggap binatang yang negatif (jahat, garang, kotor, dsb). Apepun semua tanggapan itu bersebab. Sebab utamanya adalah kerana anjing merupakan binatang yang bukan sahaja tidah halal dimakan, tetapi juga tidak boleh disentuh kerana dalam Islam anjing tergolong dalam najis Mughallazah (najis berat).
Sebab yang lain pula ialah jurang antara hubungan kita dengan binatang ini terlalu dalam sehingga kita hampir tidak menyedari keistimewaan yang dimiliki olehnya berbanding dengan binatang lain. Namun tidak dapat dinafikan bahawa hari ini sudah ramai diantara kita yang beragama Islam dan berbangsa Melayu yang mula menyedari hakikat ini dan membela anjing untuk tujuan tertentu. Contohnya membela anjing sebagai penjaga ladang tanaman atau ladang ternakan. Peranan haiwan ini amat penting untuk menjaga ternakan daripada diganggu oleh haiwan lain atau si pencuri. Selain itu tanaman yang berekar-ekar luasnya mungkin tidak mampu untuk dipantau oleh manusia, maka anjinglah yang diharapkan untuk menjaganya daripada dikunjungi oleh tetamu yang tidak diundang.
Pernah seorang apek mekanik motosikal memberitahu saya, anjing yang paling cerdik ialah yang berekor bengkok kerana anjing jenis ini lebih sensitif dan bijak, dan mampu mengesan tetamu pada jarak sehingga 500 meter. Bayangkan kekuatan deria yang ada pada mereka.
Pihak berkuasa juga telah membuka mata untuk menggunakan peranan anjing dalam penguatkuasaan undang-undang dan operasi menyelamat. Polis, KPDNKK dan Bomba mempunyai skuad anjing pengesan untuk mengesan penjenayah, mayat, dadah dan vcd haram. Namun apa yang perlu kita sedari disini, walau sehebat mana pun kemampuan haiwan ini kita tetap perlu menjaga hukum hakam yang telah digariskan di dalam Al Quran.
Anjing mungkin boleh dibela untuk tujuan tertentu, tapi mesti dengan cara yang betul. Contohnya, alim ulama memberitahu bahawa anjing tidak boleh dibela di dalam rumah kerana malaikat tidak memasuki rumah yang dibela anjing. Selain itu, perkakasan untuk menyamak (cth. tanah liat) perlu disediakan sepanjang masa untuk mengelakkan kesulitan ketika ingin membersihkan diri untuk menunaikan solat dan ibadah yang lain dengan sempurna.
Friday, October 30, 2009
Fardhu Haji
Labbaikallah Hummalabbaik..
Labbaikalaa Syarikalakalabbaik..
Innalhamzah Wannikmata..
Lakawalmulk Laasyarikalahh..
Musim haji tiba lagi. Saban tahun ramai yang tidak sabar-sabar menanti giliran untuk menunaikan fardhu haji di Tanah Suci. Tahun ini seramai 26,000 jemaah haji dari Malaysia berada di tanah suci. Kita di tanahair akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1430 bersamaan 27 November yang akan datang dengan kesederhanaan dan penuh keinsafan. Kami di ampangtaiping.blogspot mendoakan keselamatan bakal haji supaya terpelihara serta dapat menunaikan haji yang mabrur dan diterima Allah.
Segmen Agama kali ini mengungkap istilah haji dan rukun-rukunnya. Semoga ia dapat memberi panduan kepada kita semua yang bakal menunaikan fardhu haji selepas ini.
Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup.
Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Ertinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."
PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH PADA SYARAK
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
SYARAT-SYARAT HAJI MENGIKUT MAZHAB SYAFIE
1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
3. Mukallaf.
4. Berkemampuan dengan syarat:
- Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
- Ada kenderaan pergi dan balik.
- Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
- Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
- Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.
JENIS-JENIS HAJI
Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-
1. Haji Tamattuk
2. Haji Qiran
3. Haji Ifrad
4. Umrah
RUKUN-RUKUN HAJI
1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
5. Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
6. Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.
CARA MENCAPAI HAJI MABRUR
1: Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).
2: Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
3: Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya.
5- Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji.
Wallahu A’lam..

Wednesday, October 28, 2009
MPV Perodua launching soon!
Pernah nampak iklan ni?
7 orang dalam kereta Perodua? Biar betul? Haa..ni yang saya nak cerita ni. Kereta Perodua tak 'kecik' lagi.. Yup! Satu lagi MPV keluaran tempatan akan dilancarkan tidak lama lagi. Mengikut jejak langkah Proton (tak sure la sape yg plan dulu), Perodua mengorak langkah dengan perancangan untuk memperkenalkan model terbaru keluarannya dari kelas MPV. Selama ini Perodua sinonim dengan kereta kecil, kompak dan ekonomi. Namun dengan pelancaran MPV Perodua itu nanti bakal mencetus anjakan dan menutup mulut orang yang mengkritik soal saiz dan rekabentuk. Diilhamkan daripada model Toyota Passo Sette, MPV ini nampak simple dan agak aerodinamik. Dipacu enjin TwinCam 16V, cukup untuk menggambarkan bahawa sudah tiba masanya Perodua mempertaruhkan kenderaan keluarga dengan enjin berkuasa tinggi. Ia dibina untuk pelanggan yang mementingkan keluasan dan penjimatan dan mempunyai 7 tempat duduk. Daripada gambaran di bawah, keluasan, style, dan keselesaan menjadi keutamaan dalam ciptaan terbaru Perodua ini. Mungkin ada yang sudah tidak sabar-sabar untuk menjadi pelanggan yang pertama menempah MPV tersebut. Pelancarannya dijangka akan diadakan pada bulan November 2009. Taknak beli lagi pun takpe..boleh test drive dulu! :-) (Credit to paultan.org)

Kuala Dipang 'bergegar' lagi..
Pada 26 Oktober 2009, kita dikejutkan dengan kejadian jambatan runtuh yang mengakibatkan 22 orang murid sekolah hilang di Kuala Dipang, daerah Kampar, Perak. Murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Dimaklumkan bahawa terdapat antara 30 hingga 50 orang murid yang berada di atas jambatan yang baru dua minggu siap dibina tersebut namun lebih 20 orang murid sempat berpaut pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh guru dan pengawal sekolah berdekatan. "Jambatan bergoyang-goyang kerana ada murid yang melompat dan bermain ketika kami melintas," kata seorang murid yang terselamat K Mathivanan, 12 menceritakan saat jambatan gantung itu runtuh. Sehingga waktu ini kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.
Bagi yang pernah mengkaji tentang bencana alam, Kuala Dipang memang pernah dikatakan sebagai kawasan ‘berhantu’ kerana kejadian-kejadian pelik yang pernah berlaku sebelum ini.
Peristiwa ini mingingatkan kita kepada tragedi banjir lumpur di Pos Dipang yang berlaku ada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang. Tragedi ini mengorbankan 39 nyawa dan lima lagi dilaporkan hilang. Lebih 40 buah rumah dihanyutkan oleh banjir lumpur yang secara tiba-tiba menghempas kawasan tersebut.
Sebelum itu, pada 11 Mei 1961, beribu tan tanah runtuh di atas sederet kedai yang berada di kaki bukit pekan Ringlet berdekatan kawasan ini. Kejadian itu meragut 16 nyawa yang rata-ratanya adalah pelanggan kedai.
Pada bulan Oktober tahun 2004 pula, kita dikejutkan lagi dengan peristiwa tanah runtuh yang mengakibatkan banjir lumpur di lebuhraya PLUS berdekatan Gua Tempurung, tidak jauh dari Kuala Dipang. Dalam kejadian ini seorang pemandu kereta cedera parah apabila kenderaannya ditimbus dan dihanyutkan oleh tanah runtuh.
Banyak persoalan yang timbul daripada tragedi yang berlaku. Persoalan sama ada kontraktor lalai dalam membina struktur mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, ada yang mengutuk kerakusan manusia menggondolkan bukit dan projek pembalakan di kawasan tersebut sehingga menjejaskan struktur tanah yang diperlukan di kawasan tadahan hujan. Namun musibah yang berlaku pasti ada sebabnya, jawapannya tetap ada, sama ada ia mampu dicapai oleh akal kita atau sebaliknya terpulang kepada penilaian masing-masing.
Kejadian-kejadian yang berlaku mengajar kita banyak perkara. Ia mengajar kita agar sentiasa rasa tawaduk dan rendah diri terhadap kebesaran Ilahi. Sebijak manapun kita menguasai teknologi, membina bangunan menongkat langit dan memasak bumi, jangan kita bongkak dan angkuh dengan pencapaian kita. Kita sering meneriak bahawa kitalah juara pembangunan yang tiada taranya. Kita jarang bersyukur dengan nikmat Allah. Malah kadang kala tanpa kita sedar kita menghina hukum Ilahi dengan perkataan dan tingkahlaku kita. Syukur bukan sekadar di bibir. Ianya harus dimahkotakan dengan amalan dan tindakan yang membuktikan kepatuhan kita kepada Allah.
Iktibar juga kepada kontraktor dan mereka yang terlibat dalam bidang pembinaan. Kerja kita adalah ibadah jika ianya dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab, tiada unsur penipuan, dan tidak meletakkan keuntungan sebagai matlamat mutlak. Kekukuhan binaan, keselamatan pengguna, pemeliharaan alam ciptaan Ilahi harus juga menjadi keutamaan. Elakkan tragedi berulang dengan perubahan dari hati yang ikhlas. Salam takziah buat ahli keluarga mangsa jambatan runtuh Kuala Dipang. Tulus daripada Amin & Nabilah @ ampangtaiping.blogspot.com

Wednesday, October 21, 2009
Bukit Bendera bukan ikon P.Pinang?
Buat kali kedua Bukit Bendera dikeluarkan dari senarai 10 ikon pelancongan Malaysia. Namun semua orang tahu bahawa ia adalah langkah sementara.
Mungkin ada yang sedih, tapi saya pasti tiada siapa yang gembira. Mana tidaknya Bukit Bendera adalah lambang kebanggaan rakyat Pulau Pinang, simbol keramahan penduduk dan keistimewaan yang terdapat di P.Pinang.
Bulan lepas saya juga ke sana, dgn adik yang teringin sangat nak rasa pengalamannya. Mak saya pun sama, dgn kawan2nya tahun 60an dulu, berkain batik, siap berbekal nasi berlauk, berjalan kaki 2km untuk tunggu bas di simpang tiga Pmtg Sg. Dua. Tak sabar2 nak naik Bukit Bendera. Begitu terujanya nak ke sana.
Historically, nama asalnya ialah Bukit P.Pinang, pernah juga dipanggil Bukit Strawberi. Namun hari ini, Bukit Bendera jugalah yang lekat di hati. Ketinggian 833 meter (hampir 1km) daripada aras laut di tengah2 pulau cukup untuk memberikan ketenangan dan kedinginan buat si pelancong.
Hakikatnya kita tahu nilai sentimental yang ada pada Bukit Bendera dan 'Furnicular Train'nya. Kenapa? Sebab kedua2 simbol itu tiada di tempat lain. Hanya di Bukit Bendera. Mungkin ada yang belum pernah datang, jangan lepaskan peluang. Tapi bukan hari ini. Kerana semalam kerajaan telah mengumumkan Projek Menaiktaraf yang memakan belanja sebanyak RM 63juta untuk tempoh sekurang2nya setahun. Cuma saya kurang bersetuju dengan tajuk dalam Utusan Malaysia hari ini bahawa Bukit Bendera bukan ikon P.Pinang. Ironinya, Bukit Bendera adalah ikon P.Pinang yang paling istimewa.

Penentuan Arah Kiblat
Kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat yang tepat.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.
Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.
"Bagi memudahkan orang ramai, jabatan mufti melancarkan permohonan menentukan arah kiblat secara online yang boleh didapati di laman web www.muftiselangor.gov.my. Maklum balas yang diterima amat menggalakkan dan sehingga September lalu, 45 permohonan diterima."
“Khidmat diberikan secara percuma dan ia dilakukan dalam tempoh tidak lebih 12 hari dari tarikh permohonan diterima. Ia bertujuan memberikan kemudahan kepada orang ramai,” katanya sambil setakat ini tiada aduan diterima mengenai arah kiblat salah di Selangor.
Beliau berkata, pihaknya selalu menerima permohonan daripada ahli jawatankuasa masjid dan surau yang meminta mereka menyemak semula arah kiblat dan selepas mendapatkan arah yang tepat, jemaah akan mengikut arah baru dengan sekadar mengubah permaidani atau sejadah.
Cara Mengukur Arah Kiblat
* Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang setiap tahun
* Dirikan objek lurus seperti tiang di tanah lapang dan rata
* Pastikan ia tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakan tiang, letakkan tali yang diikat pemberat pada hujung tiang
* Tempat yang dipilih tidak terlindung sinaran matahari
* Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.

Tuesday, October 20, 2009
Best Book of the Month - Dapur Xpress by Chef Kamarul
50 RESIPI popular setempat yang mampu anda sediakan di rumah dalam masa yang singkat. Menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaraya-pasaraya anda dengan kaedah penyediaan yang mudah dan teknik yang cepat.
Gambar berwarna untuk setiap masakan menjadi inspirasi kepada anda sekeluarga dalam pemilihan menu anda. Petua dan info dalam penyediaan makanan yang lebih berkesan. Memberi panduan yang mudah tentang kaedah membeli bahan mentah, keperluan asas di dapur, teknik penyediaan bahan mentah dan teknik penyediaan semasa memasak.
Inilah pembantu dapur yang anda perlukan untuk masakan yang on-time untuk dinikmati anda sekeluarga.
Penulis
: Chef Kamarul
Kod Katalog
: TBBK 1124
Kod ISBN
: 978-967-5102-54-7
Harga
: Semenanjung M'sia - RM35.00
Sabah / S'wak: RM37.00
Tips Mulakan Perkenalan
Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.
Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.
Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut.
1. Bersedia untuk ditolak
Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.
Oleh sebab itu sebagai lelaki anda jangan sesekali tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri. Dalam aspek ini anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak.
Namun itu tidak bermakna anda tidak cukup bagus untuk menjalinkan hubungan dengan mereka. Mungkin dengan orang lain, salam perkenalan yang anda hulurkan akan bersambut jika ianya kena dengan situasi atau status seseorang itu.
2. Buang rasa malu
Kebanyakan lelaki atau wanita gagal untuk memulakan perkenalan yang baru di dalam hidup mereka kerana memiliki rasa malu yang sangat tebal
Perasaan itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu. Apatah lagi jika anda malu tidak bertempat atau untuk perkara yang seharusnya anda tidak perlu malu.
Cubalah bersikap terbuka kerana sikap sebegitu membuatkan orang lain selesa untuk mendampingi anda. Malah lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.
3. Belajar memahami
Sebagai lelaki mereka perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita dengan salam perkenalan yang dihulurkan. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.
Namun jika wanita tersebut berusaha melarikan diri daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, jangan sekali-kali mendesak. belajar menerima keputusan yang dibuat olehnya.
Sementara itu bagi golongan wanita pula, anda mestilah menunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan yang terjalin. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau sudah terdesak untuk mencari calon suami.
4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnya
Tidak kira lelaki atau wanita, anda jangan sekali-kali lupa akan nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.
Itu membuatkan mereka akan berkecil hati walaupun hakikat sebenarnya anda sangat teringin untuk mempereratkan perhubungan yang baru terjalin. Selain itu anda juga perlu menyimpan nombor telefonnnya.
Maklumlah jika si dia menghantar SMS kepada anda, tidaklah anda tertanya-tanya siapa yang menghantarnya. Jika anda membalas SMS tersebut dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.
5. Bersikap positif
Di dalam proses menjalinkan perhubungan yang baru, sikap positif dan saling bertolak ansur sangat penting. Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya.
Manakala golongan lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya. Maklumlah anda berdua baru sahaja perkenalan. Jadi tidak perlulah anda menjaganya mengalahkan ibunya sendiri.
Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda dan percayalah sikap sabar yang anda tunjukkan itu pasti berbaloi pada masa yang akan datang.
Kesihatan - Osteoporosis
Osteoporosis
* Mengurangkan kemampuan tubuh menggantikan tulang lama dengan yang baru.
* Berlaku akibat kehilangan isi padu tulang yang sekali gus menyebabkan ia mudah retak.
* Osteoprosis berlaku dalam tempoh lama. Pesakit boleh merasakan kesakitan hanya kerana duduk terlalu lama, berdiri, batuk malah mendakap orang yang disayangi juga boleh menyebabkan keretakan.
* Ramai menyangka mereka tidak akan mengalami osteoporosis jika mengekalkan kesihatan dan gaya hidup aktif. Malangnya osteporosis adalah penyakit senyap tanpa petanda awal. Pesakit tidak berasa sakit sehingga mereka mengalami keretakan tulang.
Cara mencegah:
* Bersenam yang kerap dan teratur membantu menguatkan tulang dan otot sekali gus mencegah kehilangan kepadatan tulang.
* Kegiatan seperti berjalan, berlari, bermain tenis atau menari adalah antara senaman yang baik untuk mencegah osteoporosis.
* Selain itu, diet yang diperkaya kalsium membantu menguatkan tulang. Produk tenusu, roti sayur-sayuran berdaun hijau antara makanan kaya kalsium.
* Mengambil vitamin D juga penting kerana ia membantu tubuh menyerap kalsium. Punca vitamin D semula jadi adalah cahaya matahari.
* Tiada rawatan untuk osteoporosis, namun kombinasi perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan membantu memperlahankan masalah itu.
Thursday, October 8, 2009
6 Kesalahan Fesyen Perlu Dielakkan
1. Memakai stokin dengan sandal...
Padanan ini cukup tidak kena langsung lebih2 lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang panas. Jika anda kesejukan atau bagi memenuhi tuntutan aurat, pakailah stokin bersama kasut kerana sandal direka untuk menampakkan kaki anda.
2. Jangan suai padan pakaian yang pelik2...
Tidak salah jika anda ingin suai padan pakaian anda tetapi biarlah hasilnya sedap mata memandang. Jangan pula anda memakai tali leher dengan kemeja T berkolar, turtle neck dengan seluar pendek atau apa sahaja yang menampakkan anda mangsa fesyen. Jangan kerana hendak berfesyen anda diketawakan.
3. Pakai untuk menunjuk-nunjuk...
Kadangkala less is more. Elakkan menunjuk-nunjuk label atau jenama pakaian anda. Sudahnya nanti ada yang menggelarkan papan iklan bergerak pula. Pilihlah gaya yang ringkas dan sederhana, itu lebih baik.
4. Elakkan memakai sut pejabat tapi mengenakan beg sandang.
Anda nampak tampan dalam sut pejabat anda, tetapi mengapa perlu menyandang beg? Itu sudah silap. Sebagai lelaki berkarier, tidak ada salahnya anda berbelanja sedikit membeli beg pejabat, tentu penampilan anda lebih menawan bukan?
5. Bergaya tidak kena tempat.
Sekiranya ingin menghadiri sesuatu majlis, tidak salah jika anda bertanyakan tema atau dress code untuk majlis tersebut. Jangan hentam kromo nanti anda juga yang malu. Jika ingin keluar makan malam dengan teman2, cukup sekadar mengenakan kemeja T, jeans dan kasut yang sepadan. Tidak perlu berlebih-lebihan.
6. Pilih baju ikut saiz badan.
Elak mengenakan baju yang besar dan menggelebeh atau yang sempit sehingga 'melekat' di badan. Pilihlah saiz pakaian yang benar2 sesuai denga tubuh anda agar anda nampak elok dan menarik.
Wednesday, October 7, 2009
Mentor – Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
Segmen 1
Pendidikan – SPM
Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair
Dunia Forbes 2007
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta – Proton Perdana
Sumbangan sosial:
- Yayasan Al-Bukhary,
- Institusi pengajian untuk 3,000 pelajar,
- Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary,
- Menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu,
- Pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji,
- Membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
Monday, October 5, 2009
Kesihatan - Barah Pangkal Rahim
Pengenalan
• Malaysia membelanjakan RM250 juta setahun untuk menguruskan barah pangkal rahim.
• Daripada jumlah itu, hanya sembilan peratus digunakan untuk ujian pengesanan awal barah pangkal rahim – ujian Pap Smear.
• Daripada keseluruhan kes barah di Malaysia, barah pangkal rahim menduduki tempat kedua selepas barah payu dara.
• Pada peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan 500,000 wanita diserang barah pangkal rahim setiap tahun.
Mengenali barah pangkal rahim
• Disebabkan oleh jangkitan kuman human papillomavirus (HPV).
• Pangkal rahim secara saintifiknya bertindak sebagai laluan. Darah mengalir dari uterus melaluinya untuk ke faraj ketika haid.
• Pangkal rahim juga menghasilkan mucus yangmembantu sperma bergerak ke dalam rahim. Ketika hamil, pangkal rahim tertutup rapat bagi melindungi janin. Ketika proses kehamilan, pangkal rahim terbuka untuk membenarkan bayi lahir.
• Barah pangkal rahim bermula seperti kebanyakan barah di mana-mana bahagian tubuh, ia bermula di dalam sel.
• Selain HPV, faktor lain seperti merokok, sistem imun tubuh wanita, komplikasi pengambilan pil cegah hamil hanya sebahagian faktor lain yang dikaitkan dengan barah pangkal rahim.
• HPV adalah virus yang sangat biasa ditemui pada lelaki dan juga wanita, dan ada lebih 100 jenis HPV.
• Lebih 50 peratus orang akan mengalami satu daripada jenis HPV it sekali dalam hidupnya. Jenis HPV yang berisiko tinggi (misalnya jenis 16 dan 18) pula akan menjadi punca barah pangkal rahim.
• HPV amat mudah berjangkit. Malah, kebanyakan orang dijangkiti HPV pada tahun-tahun pertama mereka aktif dalam hubungan seksual. Justeru, ujian Pap Smear sangat disarankan.
Faktor dijangkiti HPV
• Tidak melakukan rutin ujian Pap Smear.
• Sistem tubuh yang lemah.
• Usia (barah pangkal rahim lebih banyak terjadi pada wanita berumur 40 tahun ke atas).
• Ramai pasangan seks atau perempuan yang melakukan hubungan intim dengan ramai lelaki.
• Merokok.
• Komplikasi penggunaan pil perancang.
Vaksin/Pelalian
• Cervarix dan Gardasil.
• Pelalian ini diperkenalkan pada tahun 2006 di Amerika Syarikat namun terdapat kesan sampingan kepada wanita dan perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya. Hakikatnya tiada ubat yang selamat 100 peratus kerana setiap ubat memberi kesan berbeza kepada setiap individu.
• Cervarix hanya mencegah dua strain atau jenis HPV – jenis 16 dan 18 (sedangkan ada 100 jenis HPV dengan 13 dikaitkan sebagai punca barah).
• Gardasil pula mencegah jenis 16 dan 18 dan dua lagi jenis HPV yang menyebabkan ketuat kelamin.
• Walaupun vaksin mencegah HPV disuntik, setiap wanita masih perlu melakukan ujian Pap Smear setiap tahun.
Sunday, October 4, 2009
Destinasi Bulan Ini - Sipadan Water Village, Tawau, Sabah
Pakej yang bermula dari Tawau ini diuruskan oleh Sipadan Water Village Travel Sdn. Bhd.
Pakej ini termasuk:
* Acara menyambut tetamu di Lapangan Terbang Tawau.
* Pengangkutan jeti dari Tawau dan bersiar-siar di sekitar Resort.
* Penginapan kotej dengan 'sundeck' peribadi.
* Menyelam (untuk pakej Menyelam)
o 3 kali penyelaman dari bot - Mabul, Kapalai, dan Pulau Sipadan diketuai
oleh Penyelam Professional.
o Penyelaman Mabul House Reef tanpa had.
o Menyelam waktu malam - disediakan dengan kos tambahan.
o Penggunaan tangki oksigen,alat menyelam, and tali pinggang keselamatan.
* Semua hidangan bufet dan snek sepanjang hari.
* Harga termasuk cukai perkhidmatan.
* Harga pakej dari RM 770.00 seorang (Pakej Menyelam 3 Hari/2 Malam)
* Lawati laman web: http://www.sipadanwatervillage.com
Kalau nak bercinta...
Kata orang, saat bercinta anda boleh melakukan apa sahaja kerana si dia sangat menyayangi anda. Tetapi anda harus berhati-hati, bukan semua perkara boleh dilakukan sesuka hati.
Jika anda tidak mahu si dia berkecil hati dengan sikap anda, jangan sekali-kali melakukan perkara di bawah ini. Jika anda melakukannya juga, tidak mustahil perhubungan yang telah dibina sejak sekian lama itu akan terlerai di pertengahan jalan.
Jalan terbaik, lebih baik anda berdiam diri dan menyemai cinta abadi bersama si dia.
1. Jangan suka membandingkan
Tiada sesiapa di dunia ini yang suka diperbandingkan dengan sesiapa sahaja. Lebih nahas jika anda cuba membandingkan kekasih hati anda dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih yang pernah bersama dengan kamu sebelum ini. Perbandingan yang anda lakukan sebenarnya mampu mengguris hati si dia sekaligus mengganggu kelancaran perhubungan anda. Sebaiknya, terima dirinya dengan seadanya dan lupakan kisah cinta yang pernah anda jalinkan bersama insan lain.
2. Jangan menipu
Di dalam sesebuah perhubungan, sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain sangat dipentingkan. Jika anda selalu menipu dan akhirnya diketahui oleh si dia, sudah pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi. Sekalipun dia memaafkan anda, rasa terluka pasti akan sentiasa bermain-main di dalam jiwanya. Jalan terbaik jangan sekali-kali berbohong walaupun ada ketikanya hakikat yang diterima sangat menyakitkan. Sesiapa sahaja sukakan insan yang jujur untuk mendampingi mereka.
3. Jangan berahsia
Sebagai pasangan kekasih, anda seharusnya mengelakkan sikap berahsia dengan si dia. Sikap yang terlalu suka berahsia kebiasaannya akan membawa kepada penipuan dan akhirnya kecurangan. Oleh itu, di dalam hubungan cinta, cubalah minimumkan kerahsiaan anda dengan si dia. Sikap terbuka yang anda pamerkan sudah pasti memberikan rasa gembira kepada si dia.
4. Jangan lupa hari penting dirinya
Si dia mungkin tidak mengharapkan hadiah mahal daripada anda. Cukuplah sekadar sekeping kad ucapan sebagai tanda anda mengingatinya. Kalau anda seorang yang pelupa, catatkan hari-hari penting si dia di dalam diari dan berikan sedikit kejutan buatnya. Kirimkan sekuntum bunga pada hari bahagianya. Kuntuman bunga itu sudah pasti mampu membuatkan bibir si dia tersenyum bangga sepanjang hari.
5. Jangan mulakan pertengkaran
Jika asyik bergaduh, siapa yang akan tahan. Oleh itu jangan sekali-kali memulakan pertengkaran. Apatah lagi untuk isu-isu yang kecil serta remeh-temeh. Cuba bersikap matang dan berikan peluang kepada si dia untuk memberikan penjelasan. Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman dengan tenang. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang.
6. Jangan mengongkong
Pada hari ini semua orang keluar bekerja untuk mencari rezeki. Oleh sebab itu jangan sekali-kali anda mengongkong pergerakannya. Jika sekali-sekala dia mahu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya, beri keizinan. Sikap anda yang bijak bertolak ansur bukan sahaja amat disenanginya, malah rakan-rakan baiknya juga senang hati dengan perhubungan yang terjalin antara si dia dan anda.
7. Jangan terlalu cemburu
Tidak salah untuk cemburu, tetapi biarlah bersebab. Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Usahlah terlampau cemburu sehingga dia tidak merasa bebas untuk melakukan aktiviti yang digemarinya. Jika anda terus dengan sikap cemburu itu, bersedialah anda untuk kehilangan insan tersayang.
8. Jangan berpura-pura
Usahlah keterlaluan menguji cintanya terhadap anda. Sikap anda yang keterlaluan mungkin akan memakan diri. Bukan semua orang boleh bertahan apabila selalu diuji. Lambat laun pasti si dia akan bertindak meninggalkan anda kerana dia beranggapan anda tidak mempercayai dirinya. Paling teruk jika si dia sudah tawar hati dengan anda. Sudah pasti sukar untuk dipujuk lagi.
9. Jangan tunjukkan rasa bosan
Mungkin anda tidak suka dengan hobinya, tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap bosan di hadapannya. Sebaiknya anda cuba semaikan sikap meminati aktiviti yang disukainya itu. Lebih baik jika anda dapat bersama-samanya melakukan aktiviti tersebut. Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat menarik perhatiannya, malah secara tidak langsung mampu mengawal pergerakan si dia. Maklumlah anda mempunyai hobi dan minat yang sama. Tidak mustahil kawan-kawan anda juga serupa.
10. Jangan menjatuhkan air mukanya
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Jika anda secara tidak sengaja melakukannya, segeralah meminta maaf apabila anda menyedarinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan serupa kerana si dia pasti bosan dengan tingkah laku anda yang agak kasar itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)